Ahad, 17 Januari 2016

Kenduri Doa Selamat & Cukur Jambul Baby Daiyan

Posted by Emmymazli at 11:46 PG
16 Januari 2016 - Kampung Paya Meranti, Tiang Dua Melaka

Salam semua...

Today kita story-story yer pasal event family pula.
Baru-baru ni family aku ada le buat Kenduri Doa Selamat & Cukur Jambul untuk Baby Daiyan.  Baby Daiyan ni anak kepada adik bongsu aku dak Boy @ Mohd Nazirul Asyaf.  Sebenornya... cam tak plan pon nak buat kenduri ni tapi memandangkan 21hb Januari ni Baby Daiyan akan ada operation untuk kaki dia... maka mama aku usahakan juga untuk adakan kenduri doa selamat untuk cucu dia dan bersekali terus dengan cukur jambul.
For those yang belum pernah baca entry aku sebelum ni pasal Daiyan yang kaki dia mengalami Clubfoot tu.... bleh klik sini Entry 1, Entry 2, Entry 3

Actually... Daiyan kena operation kaki dia untuk kendurkan urat-urat kaki yang membuatkan tegang pada kaki Daiyan pulih.  Selepas ini rawatan untuk tegakkan tapak kaki dia pula supaya normal... selain itu ada juga masalah lain... Aku diberitahu yang struktur tulang di betisnya selepas 6 minggu di simen yang sepatutnya tegak jadi bengkok skit.  Asalnya betis dia tegak seperti normal.... Dari segi tapak kaki dia yang bengkok tu dah nampak peningkatan tegaknya hasil dari simen tu cuma katanya dekat tulang buku lali tu macam termasuk sikit setelah doktor pakar sendiri yang xtray.  Tak tau lah nak kata camner.....  Patutnya makin ok... ni makin bermasalah pula... Baby pon dah masuk 3 bulan... kesian tau.... 

Dari mama aku cerita... sebelum doktor pakar masuk campur dalam hal Daiyan ni... ada seorang doktor yang mengesyorkan alternatif sebelum ni.  Tak tau  nak terima kasih ke tak pada dia... tapi yang buat aku geram tu... rupanya ada opsyen lain lagi yang boleh digunakan pada Daiyan supaya taklah seksa nak memakai simen berat pada kaki baby.  Jangan kata Daiyan... aku sendiri nak dokong Daiyan dengan kaki bersimen tu pon punyalah sangat cepat lenguh tangan tau... berat!!!  Itu  belum aku citer yang Daiyan pernah melecet teruk kat betis yang bersimen tu.  Ya Allah... kesian sangat!!!  Dari kata mama lagi... sebenarnya setelah tengok keadaan Daiyan, doktor maklum yang parents Daiyan boleh pilih untuk pakai simen yang jenis ringan dari awal lagi tapi mahal katanya.  Senang citer... doktor tu pandang sengkek la kot kat Adda & Boy sebab masa diorang nak pakaikan simen pada Daiyan... takde pula diorang bagi pilihan.  Hadoiii.. kalaulah doktor bagi opsyen tu dari awal... kan tak mudarat gini.  Insyaallah kita boleh usahakan mana  yang mampu... Bila dah nampak kesan lain berlaku kat kaki Daiyan baru la menggelupur nak panggil doktor pakar.  Terus nak buat operation kat kaki... hmmmm.... Wajarkah kalau kita saman pada pihak hospital atau doktor yang terlibat atas kecuaian mereka??? Aku geram tau.... 

So inilah sebab kenduri doa selamat ni diadakan.... moga operation kaki daiyan pada 21hb Januari 2016 berjalan lancar.  Selain tu... dah alang-alang buat kenduri, kami jalankan sekali majlis cukur jambul untuk Daiyan... kat kampung kalau buat majlis gini seronoklah... meriah dengan sedara mara datang....
Kat kampung aku yang majoriti adalah masyarakat Jawa... as usual kalau kenduri kendara gini kami readykan Nasi Ambeng.  Huhuhu... kalau inform jer sedara-mara kami... insyaallah diorang akan turun kampung untuk menikmati nasi ambeng.  Lagi-lagi kalau sendiri yang masak.  Mau berebut!!  Kalini.... jangan kata sedara mara kami jer... keluarga adik ipar aku si Adda dan kawan kilang Boy & Adda pon datang and excited nak merasa nasi ambeng.  Diorang nak rasa makan dalam dulang ramai-ramai.  Selain tu... bagi kami di kampung.... tuan rumah yang mengadakan kenduri pon senang nak uruskan... buat bacaan doa selamat... berzanji ke... atau apa-apa jer lah... lepas selesai jer terus jemputan/ orang kampung yang hadir bahagikan nasi dalam dulang kepada 4 bahagian dan setiap seorang dapat 1/4 bahagian untuk dibawa balik dan makan bersama keluarga.  1/4 bahagian tu boleh makan 3-5 orang lagi tau... Diorang takkan  makan nasi ambeng tu dekat majlis kecuali minum dan makan kuih skit.  Sedara-mara atau tetamu luar yang datang jer akan makan nasi tu kat rumah tuan rumah.  Method dia sama.... 1 talam besau tu akan dibahagi 4 juga then 1/4 dulang tu akan dimasukkan ke dalam dulang kecil untuk di ngap beramai-ramai... heheheh.... Jadinya... senanglah tuan rumah tak renyah nak basuh pinggan sebab pakai dulang jer.... Minum boleh pakai cawan plastik jer.  
Nanti korang tengok sendirilah gambar kemeriahan kami bila berkenduri di kampung. Seronok bila makan ambeng beramai-ramai ngan sedara-mara atau rakan terdekat.   
Apa pon... bersyukur... kenduri doa selamat dan cukur jambul untuk Daiyan berjalan lancar.  Yang best... kitorang pon merasa potong jambul Daiyan... heheheh... amik berkat orang tua-tua kata.... 
 Bila dah selamat rambut digunting tu.... maka rambut Daiyan pon jadi tobak tabik la kan.... so esoknya terpaksalah dicukurkan terus... itulah tujuan majlis potong/cukur jambul.... heheheh... jambu plak maklong tengok muka adik Daiyan bila dah botak...  hehehhe....
Oklah... sekian saja story kali ni.... Kengkawan doakan yer anak buah aku tu selamat operation 21 Januari nanti...  Bye alls!!

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...