Isnin, 9 Jun 2014

Menerima Tempahan Jam Berdesign Gambar

Posted by Emmymazli at 5:16 PTG
Salam semua....

Harini saja nak strory pasal rezeki aku dalam bisness yang tak di sangka-sangka ni.... Apa pon... alhamdulillah kerana ada sahabat yang sudi membantu aku dan berikan kepercayaan beliau yang juga guru bersama Pengetua Sek. Men. Keb. Seksyen 16 Shah Alam untuk buat tempahan jam ni setelah melilhat hasil kreatif aku sebelum ini yang buat design jam ni khas untuk Reunion SMVPD 79ERS bulan April yang lalu.  
Ni contoh jam yang aku buat semasa SMVPD 79ERS
Niat asalnya aku just nak buat something kreatif jer untuk program reunion tu... tapi tak sangka mendapat tempat di hati sahabat aku ni dan dia berikan contoh dan idea ni kepada mesyuarat sekolah untuk aktiviti tertentu sekolah.  Setelah mendapat persetujuan dua-dua pihak akhirnya aku memulakan tugas menjalan kerja-kerja designing dan pasang siap pada jam yang diorder.  

Amacam... ok tak hasil kerja aku nih??

Syukur alhamdulillah... dalam terdesak ada orang bagi aku peluang perniagaan. Thank you Lala.

Kotlah kalau ada yang berkenan nak buat tempahan boleh la roger aku yer.... Tata....

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...