Jumaat, 28 Februari 2014

Terima Arahan Ke Bengkel Penulisan dan Pelaporan Media & Fotografi Rakan Alam Sekitar

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 1:11 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Alhamdulillah....

Setelah sekian lama aku  bertugas di Jabatan Biokeselamatan (JBK) ni... akhirnya permintaan aku tertunai dengan dapat hadir ke bengkel yang luar dari bidang tugas aku selama ni.  Bengkel ni memang amat aku nanti-nantikan.... bukan setakat penulisan media, bidang fotografi adalah wish list aku sekian lama.... 

Pada 18.2.2014 yang lepas, pihak Jabatan Alam Sekitar(JAS) telah menghantar surat kepada setiap jabatan yang memerlukan seorang wakil bagi program di bawah Rakan Alam Sekitar ni.   Dah tentu surat ni akan sampai ke tangan aku dulu sebab aku PA di sini.  Ketika aku nak key in daftar surat masuk tu.... tajuk surat ni "JEMPUTAN KE BENGKEL PENULISAN MEDIA, PELAPORAN MEDIA DAN FOTOGRAFI RAKAN ALAM SEKITAR DI PULAU PERHENTIAN BERSAMA WARGA NRE 2014" telah menarik perhatian aku.  Aku habiskan key in daftar surat yang lain-lain juga then aku terus bawa semua surat termasuk surat dari JAS tu kepada En. Johnny, Pengarah Seksyen Korporat dan Pengurusan di sini.  Aku tunjukkan dan maklumkan yang aku berminat untuk hadir bengkel tu jika  JBK belum mencalonkan sesiapa. Kononnya nak menagih simpati la.  Namun jawapannya seperti biasa.... kena pastikan Ketua Pengarah aku benarkan baru boleh pergi.  Itu biasanya berlaku pada aku.  Jarang berlaku apabila apa yang aku nak aku akan dapat.... so lebih baik tak mengharap.  

But sebelum En. Johnny  bagi aku jawapan boleh pergi atau tidak... aku dah buat prepareration dengan maklumkan kepada hubby aku jika kursus yang aku nak hadir ni diterima... aku kena pastikan yang tarikh bengkel ni tak clash dengan program hubby aku kena outstation supaya segala urusan rumah mengenai anak-anak aku punya program tak tertangguh atau terponteng.  Hal keluarga ni penting wehhh.... biasanya menjadi tanggungjawab aku sepenuhnya menguruskan hal anak-anak dan rumah dan juga kelas tuisyen dan taekwondo mereka.  Jadi kena pastikanlah yang semuanya akan ok kalau ditakdirkan aku dapat pergi.... Alhamdulillah... katanya tak kemana-mana...

Selepas sehari.... En. Johnny bawa surat JAS tu kepada aku dan maklumkan yang Ketua Pengarah aku bersetuju untuk aku hadir bengkel ni setelah mereka berbincang.  Huarghhh... happynya hanya Allah sahaja yang tau.  Siap pesanan penaja... jangan tak jadi pergi pula sebab ada bengkel lain yang staff JBK kena pergi so katalah kalau aku cancel untuk pergi bengkel ni mungkin jadi masalah kepada JBK untuk cari pengganti.  Huhuhu... kira arahan la pulakan.... Baiklah!!! Arahan diterima... !

Difahamkan, antara sebab mengapa boss aku bagi aku pergi kerana dia tiada di ofis selama 2 minggu termasuk pada tarikh bengkel tu... dia akan ke Rajashtan, India untuk menunaikan 'umrah' dia tu.... so khidmat aku tak berapa nak diperlukan dipejabat la... hehehehe... Katalah kalau dia ada dipejabat pada tarikh berkenaan... mau takder can aku nak ke sana... huarghhhh...

Anyway.... happy giler dan rasa bersyukur sangat!!  Bukan takat dapat ke bengkel yang menjadi wish list aku.... malah aku dapat melawat ke tempat menarik di Malaysia seperti Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan juga Pulau Perhentian di mana bengkel ini akan berlangsung.... yeayy.... wait and see yer....

But dalam beberapa hari kemudian tu, tiba-tiba hubby pula maklumkan yang dia kena outstation pada tarikh yang sama untuk ke Seremban.  Tension jap... sebolehnya aku tak nak menyusahkan orang.  Tapi nampaknya terpaksa la juga.   Nak tak nak kena minta tolong dengan mama aku untuk turun ke Cyberjaya untuk tengok-tengokkan anak-anak aku selain menghantar anak-anak pergi tuisyen.  Kelas taekwondo pula kena minta parent dari Koryo Sepang untuk pick up anak-anak aku di rumah untuk ke Gym Dengkil sebab kalau suruh my mom kang mau sesat-mesat nak ke Dengkil nun.  Dah dapat pengesahan mereka.... barulah aku rasa lega skit untuk ke bengkel ni... Alhamdulillah again....

So guys... Pulau Perhentian... here i come!!!!

Rabu, 26 Februari 2014

Projek Memikat Suami (Episode 10)

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 2:26 PTG
Reactions: 
4 comments Links to this post

Projek Memikat Suami (Episode 9)

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 1:34 PTG
Reactions: 
6 comments Links to this post

Projek Memikat Suami (Episode 8)

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 1:33 PTG
Reactions: 
1 comments Links to this post

Projek Memikat Suami (Full Episode)

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 1:16 PTG
Reactions: 
21 comments Links to this post

Okeyyy.... Nampak sangat pengaruh cerita ni berada di mana-mana.  Jangan kata orang lain... aku sendiri pon.... kikikikikkkk.... Satu teladan  yang baik untuk kita yang dah berumah tangga.... Bukan apa.... contoh yang baik kita ambil... yang tak elok kita tolak ketepi.... Apa pon aku suke citer nih... Ada pula kengkawan aku try nak tiru-tiru ala-ala cara Emma Maembong ni layan suami.... Heheheheh!! Yang kelakarnya... si suami respon "Ko dah buang tebiat ke?"  Kikikikik.... Maka bila dah suka, aku try la cari la kat google cara nak tonton online... bukan aku jer dapat tonton... orang lain pon dapat join sama... ngeh ngeh ngehh.... jom layan yok!!

Sinopsis Projek Memikat Suami

Projek Memikat Suami mengisahkan NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin.

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick..
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick..

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!


Pelakon : Aiman Hakim, Emma Maembong

13 Episod

Adaptasi dari novel Projek Memikat Suami


** terima kasih dan kredit kepada mereka yang merekodkan drama dan membolehkan aku mengulang-ulang tengok drama ni dan share kepada pembaca blog ini... jasa kamu semua sangat dihargai... 

Projek Memikat Suami (Episode 7)

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 1:15 PTG
Reactions: 
4 comments Links to this post


Projek Memikat Suami (Episode 5)

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 1:05 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post

Projek Memikat Suami (Episode 4)

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 12:43 PTG
Reactions: 
4 comments Links to this post


Mieko Hilang!!

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 12:43 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Mana la Mieko ni... Mieko.... Oooo.... Mieko.... Balik laa.... Dah 2 harini Mieko tak balik rumah. Mama rindu dah sangat ni... takde dah yang kacau mama time nak tidur... takder dah yang cium-cium dan jilat-jilat pipo dan hidung mama malam-malam... Pagi-pagi takde dah yang pegang kaki mama dan ayah sambil gigit-gigit manja sebelum kami pergi kerja.... Mana la Mieko pergi??? Baliklaaa..... Huhuhuh... Mama risau ni... nanti Mieko kurus sebab tak makan... Mieko tak cantik kurus... Mieko hensem gemok tau... Siapa pula nak makan makanan Mieko kat bekas besar tu di rumah...? Balik la Mieko....  Nanti takder yang tolong jaga rumah halau lipas dalam rumah.  Mieko jer pandai tau.... :(  Balik la cayang.....
Memang aku rasa sangat-sangat stess... entah-entah luka terkena pisau aku semalam tu petanda tak baik pasal Mieko. (Klik Sini)  Sebak jer dada... rasa nak menitik jer air mata... mana tak nye... layan kucing macam layan anak kalau yang sekor ni... gambar kat atas tu dia lepak kat bantal aku tido... mana aku tak sewel bila teringat dia.... terbayang-bayang dia kat katil aku...  

Jangan kata kami tak cari... puas dah anak-anak aku keliling taman perumahan aku tu cari Mieko tapi tak jumpa.  Hubby aku pon begitu.. puas dia pusing dengan motornya keliling taman.... Kat FB dan Whatsapp Taman Pinggiran Cyber pon aku pon dah pesan kalau ada yang ternampak dia please bagitau aku.... Tapi sepi jer... Huhuhu
So... inilah cara aku menangani stress aku this morning... makan ke tidak blakang citerrr... memang tidak dinafikan... asal aku tension jer aku nak makan.... huhuhu.... So pleaseee... dont say any word haa.... Just minta korang doakan Mieko aku tu balik rumah dengan selamat tanpa luka parah atau cedera dan minta dihindari kalau ada yang berkenan untuk simpan dia pula.  Huwaaaa.... Sadissss...

Auchhh!!!

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 11:48 PG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Huhuhu... nampak tak?? Nampak ke tak??? Sakit ok!!! Sakit ke?? Tak la sangat sakit cuma seriau tengok darah sendiri menitik tak henti masa tu....Ni angkara semalam la punya hal... dalam sibuk kelam kabut nak memasak.... sempat lagi nak mengasah pisau sebab aku nak mayang cili hidup macam tak lut pulak.... dalam sibuk mengasah tu tu terlepas pisau tu ke arah tangan sebelah... apa lagi.... Auchhh jer laa!!! Huhuhu.... terus  angkat tempe yang dalam kuali dan tutupapi di kuali dan ke meluru ke hall cari first aid.  Nak kata menggelabah tu tak laa... tension jer tengok darah non stop...  ni pon masa amik gambo aku asyik mengelap darah tak mau nampak meleleh.  Lagi takut plak kang orang tengok... mengadu nasib jer la dah la kan... heheheh.
Malas nak pikir pasal luka tu... aku just bersihkan dengan dettol dan pakai plaster then pergi ke dapur semula settlekan masak... Sian pula kang anak-anak aku lapar sebelum nak gi ngaji dan tuisyen.  Ayahnya  pon slalu balik jer kerja nak terus makan lagi-lagi pulak kalau dah balik lewat.

Settle hantar anak ke tempat tuisyen aku stay kat rumah sorang-sorang mula perasaan nak belek luka tu timbul.  Kebetulan, jari masa tu tak la sakit pun.... tapi dah start jari tu rasa sengal-sengal macam salah urat tau... Aku buka plaster... aduss... baru rasa sakit tu timbul... bukan sebab luka... tapi plaster tu macam tertarik dengan luka.... huhuhu... Sengal wehh... nyutt... nyuttt jer...  Masa mula-mula tu nampak jer luka tu cam kecik.... bila dah lama-lama... ehhh... dalam pulak luka aku ni sebenarnya... bengkak lak tu... kena lak kat tempat kulit kita slalu memeri.... huhuhu... dalam kepala otak ni dok pikir macam-macam.... kena ke jahit... alaaa... takutnye.... Seriau aku....

Terus call cousin aku Niza yang kerja kat Farmasi Be yang kedainya selang beberapa lot kedai ngan tempat tuisyen anak.... nak order plaster yang ada antiseptik... tengok luka tu terbelah terdedah tu aku seram.... Nanti nak amik anak boleh amik plaster walau kedai dah tutup awal.  Bila cousin aku tu tengok jer luka aku masa amik plaster tu.... "Along... besar la luka Along... dah bengkak lak tu... takut terkena luka tu kat urat kita... gi la klinik jahit..."  Huhuhu... Takuttt... lagi la aku seram.... Tak mau... degil nak pakai plaster jugak.... Terus aku balik rumah lepas amik anak.... hahahah...
So inilah hasilnya pagi ni.... jari besau sebelah... semalam boleh gak gerak-gerak jari tu... harini cam orang cacat... huhuh... aku tak buka lagi luka aku ni... harap-harap oklah... pagi ni dapat tazkirah free dari Niza.  Mula-mula Niza  tanya dah cuci luka ke belum...? Pastu dok bising kalau tak ok pergi klinik.  Boss dia bagitau suruh cuci luka guna normal saline (air pencuci kanta lekap)... jangan pakai dettol katanya kalau luka gitu...  Then Niza pesan pakai duoderm gel katanya supaya daging leh cantum balik cepat walau tak jahit.  Aiyokkk.. mana nak carik?? Farmasi dia pon out of stok... Now tengah tunggu update dari dia kot la cawangan Farmasi Be yang kat Presint 14 tu kot-kot ada stok.  Huhuhu...

Cepat la baik jari hakak ni.... sengal nyutt nyutt jer nih.... nak bengkok jari pon tak bleh.  Huhuhu... Terasa OKU sangat.  Time menaip ni pon rasa lembap dan tak best jer.  Huhuhu.  Kawan-kawan di luar sana doakan yer...

Projek Memikat Suami (Episode 3)

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 11:04 PG
Reactions: 
2 comments Links to this post

Selasa, 25 Februari 2014

Projek Memikat Suami (Episode 2)

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 4:49 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post

Projek Memikat Suami (Episode 1)

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 4:48 PTG
Reactions: 
9 comments Links to this post

Projek Memikat Suami (Episode 6)

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 2:30 PTG
Reactions: 
2 comments Links to this post

Suka Sangat Fotor Photo Collage!!!

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 12:01 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Salam semua....

Harini Emmy nak share something dengan pembaca blog Emmy.  Ni.. nak bagitau ni... sekarang ni... banyak sangat aplikasi untuk edit gambar yang banyak-banyak tu menjadi 1 muka surat (photo grid) sahaja supaya kita tak perlu guna fail yang besar bagi setiap gambar untuk dimasukkan dalam blog atau pun untuk dicuci buat kenangan.  Selalunya aplikasi ni kena guna handphone atau pun beli aplikasi yang mahal.  Kalau ada di internet pon macam agak payah nak pilih  yang terbaik.  

So.... today aku nak sharelah aplikasi photo grid secara online yang aku suka guna.  Sangat-sangat best!!  Still boleh save macam biasa....  You all boleh check out kat Fotor Photo Collage.  Korang boleh buat Photo Montage, Template Collage, Funky Collage, Shape Collage dan Photo Stiching.  Semuanya kat situ... caranya pon mudah jer... sekejapan korang boleh buat.  Kalau korang rajin nak jadikan ala Photobook pon boleh der.... heheheh... ni aku share kat sini apa yang tertulis kat situ ekk tentang Fotor Photo Collage ni ekkk

Fotor Photo Collage

Fotor offers many collage maker features, including a generous selection of collage templates, photo stitching, and photo montage so you can arrange multiple pictures however you want. You can even design your own templates with our funky collage maker. You are free to create hundreds of combinations of collages with various texture colors, templates and borders to choose from.

So kawan-kawan... siapa blom cuba dan minat bergambar tapi tak reti nak simpan banyak-banyak gambar tu... meh try aplikasi online ni ekk... aku dah try... korang bila lagik kan....

Antara gambar-gambar lama yang aku dah gunakan aplikasi ni.... Lepas ni boleh print... yeayyyy
 

Isnin, 24 Februari 2014

Anak-anak Tak Lepas Selection Taekwondo

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 1:21 PTG
Reactions: 
1 comments Links to this post
Salam semua….

Harini aku nak mulakan dengan story pasal anak-anak aku on weekend baru-baru ni.  Well… seperti tajuk di atas…. Anak-anak aku telah memasuki selection untuk tournament Circuit Taekwondo Malaysia dan juga Taekwondo Sport Excel pada Sabtu lepas 22/2/2014 di Gym Koryo, Bandar Baru Ampang. 

Hmmm… apa jer yang nak aku cakapkan…. Kedua-dua anak-anak aku tak lepas selection tu.  Tak dinafikan aku kecewa dan sedih kerana anak-anak aku tak terpilih walau seorang pon.  Tapi aku cuba untuk positif dalam banyak perkara. 

Memang aku emosi skit hari Sabtu lepas selection tu… tapi cuba diam diri jer… takmo cakap banyak-banyak… aku dah cakap mana  yang mampu lepas diorang lawan.  Sebenarnya… bagi aku… circuit ni penting untuk kerjaya taekwondo anak-anak aku.  Aku takkan marah atau sedih kalau diorang tak lepas selection tu asalkan kita nampak diorang usaha dan berlawan dengan semangat…. Ni dari awal-awal muka si kakak  Hanum macam takut-takut.  Alasan tekak sakit…. Yer aku faham tekak dia sakit… tapi sebelum tu dah macam-macam cara aku bagi dan buat supaya dia dapat kurangkan sakit tu… tapi degil!!  Itu tak nak.. ini tak nak…!! Mengada-ngada…. Anak kawan aku pon ada yang sakit masa selection tu…. Demam dan cirit lagi… tapi masih boleh buat.  Aku ke yang tak nak faham kalau penyakit tu cari sendiri…. Pastu bila lawan macam tak cukup zat… aku dan mak-mak lain dok pekik kat tepi suh kaki naik… apa pon takdak!! Tekak sakit ke kaki sakit??  Yang adik Kimie main agak ok walau pun kurang skit sana sini… komen aku… gelojoh!! Tapi yang penting fighting spirit tu ada…. Cuba usaha mana yang boleh….
Bukan aku tak nak faham… bukan aku tak nak mengerti diorang…. Apa yang diorang lalui aku pernah lalui…. Aku tau erti kesakitan… aku tau erti kepayahan… aku tau erti kesusahan… malah aku lebih tau erti pengorbanan jika nak berjaya tanpa perlu menjatuhkan orang lain.  Aku dah lalui semua tu…. Lebih-lebih lagi aku laluinya sendiri tanpa dorongan mama and abah aku ketika itu…. Segalanya usaha dan kehendak aku sendiri.  As a mom… confirmlah aku nak yang terbaik buat anak-anak aku.  Sebab apa aku rasa kecewa….??  Sebab aku rasa seolah-oleh pengorbanan yang aku lalui untuk diorang berjaya dalam masa hampir setahun ni anak-anak aku sia-siakan begitu jer.  Yer aku faham parents lain pon begitu…. Tapi if orang yang tau situasi kewangan aku dan juga mereka  yang tau aku ni bergolok gadai nak bagi diorang belajar/training taekwondo selama ini selain pergi belajar dan mengaji ni mesti orang takkan percaya.  Takkan aku nak citerkan kat orang yer tak…. Ni pon aku luahkan di sini sebab terlampau sedih sangat…. I’d sacrifice everything for them… so I just want they pay me with their successful and proof it to me that they can do it.  Itu jer… but?!!! Itu yang buat aku rasa amat kecewa bila aku lihat segalanya macam sia-sia dan tidak dihargai.   Seolah-olah… diorang tau senang jer nak dapat… Seriously aku nak menangis sangat-sangat…. Tapi aku tahan air mata dan tahan perasaan terutamanya depan anak-anak dan suami.  Kalau hubby tengok aku menangis mesti bagi impact buruk lain pada anak-anak.  Ada pula itu tak boleh… ini tak boleh…. So aku tahanlah mana yang boleh.

Aku percaya pada qada’ dan qadar…. Kalini memang aku terpaksa anggap bukan rezeki anak-anak dan aku sendiri…. Mungkin petunjuk minta anak-anak aku focus lebih pada pelajaran terutamanya si Hanum nak UPSR tahun ni.  Yesss… Positif EMMY!!

Walaupun aku kecewa…. Aku masih anggap anak-anak aku juara di hati dan masih lagi positif yang mereka masih baru dalam bidang ini.  Banyak lagi yang mereka kena  belajar.  Kena bagi mereka masa untuk berlatih lagi dan usaha lebih gigih.  Itu pon kalau diorang nak la kan…. Huhuhu….   Dalam perlawanan memang ada yang kalah dan menangkan…. So itulah hakikatnya…. Memang belum rezeki mereka.

Punyalah nak positifkan diri…. Sampai aku berseloroh kat kengkawan…. “Nanti aku ajar mereka sepak kepala style cangkuk tu and more agresif serta pandai amik peluang macam masa aku silat dulu….” Masalahnya… mampukah aku??? Dah lama aku tinggalkan silat olahraga ni… teknik sparring silat dan taekwondo sumer maybe lebih kurang cuma taekwondo banyak gunakan kaki dan point lebih pada tendangan kepala… silat olahraga more pada jatuhan kalau nak point lebih.  Yang itu aku agak ok skit… Tengoklah macam mana….
Oklah… anyway… terima kasih kengkawan yang memberi perangsang dan dorongan pada aku dalam fb dan whatsapp terutamanya dalam 2 harini…. Jasa dan pandangan you alls sangat dihargai… Anyway tahniah juga anak-anak Koryo Sepang yang dah berjaya dalam selection tu.... proud of you all.  Love yaaa…

Jumaat, 21 Februari 2014

Cerita Kelakar Kimie Malam Tadi

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 12:43 PTG
Reactions: 
1 comments Links to this post
Salam semua....

Mana aku nak mula ekkk... sebenarnya dari tadi aku asyik nak sengih bila ingat pasal anak bujang aku si Kimie kisah malam tadi.... Hahahha... aku gelak dulu sebelum meneruskan story.

Kisahnya.... malam tadi masa aku sedang makan malam yang lewat di kedai mamak... anak bujang aku minta pinjam handphone.  So malas nak bising-bising aku bagi jer laa... sebenarnya kesian kat dia takut boring sebab dia tak makan sekali coz dia dah makan awal petang before nak pergi tuisyen.

Dalam dok menelek handphone... tetiba dia sengih memuncung sambil buntang mata dan senyum-senyum tengok aku.  Entah apa hal la mulanya dalam hati aku.... aku biarkan jer.  Rupanya hubby aku pon dok perati si Kimie nih.... Beberapa kali la dia buat gitu... dalam sibuk menyorokkan handphone dari pandangan mata aku.... ternampak juga la dia sebenarnya sedang berchatting dengan someone.  Heheheh.... Aku saja ngusik...
Aku:  Kimie chatting ngan girlfreind ke??
Kimie:  Mana ada mama ni.... (tapi menyengih cam muka bersalah sambil menyorokkan gigi dia yang besau kat depan tu)
Aku:  Adik cakap  betul-betul... borak ngan girlfriend ekk... meh sini mama nak tengok...
Kimie:  Mana ada... mana ada... mamaaaa nihhhh!!
Aku: Kalau takde meh sini mama tengok telefon tu.
Kimie:  Tak boleh... (terus tutup telefon aku)

Hubby aku kat sebelah dah sengih-sengih tengok gelagat Kimie... "Yer la tu.... kalau tak takkan dia sengih pastu tutup telefon mama" kata hubby... hahahahah... Kimie sengih jer.... Then dia bagi handphone pada aku dan kata nak ke toilet...

Aku pon ambil kesempatan la nak spotcheck apa yang dia dok sengihkan tadi.... Rupanya anak aku ni ada secret admirer.... hahahaha... adessss... baru darjah 5 dah ada awek nak berkenalan.  Kihkihkih!!!  dari apa yang aku baca laa... girl ni nak kawan ngan Kimie tapi Kimie malu-malu.... pastu bila girl ni nak jumpa kat sekolah kebetulan kawan-kawan girl ni pon ada sama macam dah kepung Kimie.... Kimie pun lari laa... yang ni aku ada dengar Kimie cerita yang dia kena kepung dengan pompuan yang bawa geng kat sekolah.  Kimie kata dia lari la... malu katanya... Masa Kimie cerita tu… aku tukang gelak jer laa sambil ejek dia perasan… rupa-rupanya kisah benar der…

Masa tengok perbualan Kimie dengan girl tu… macam tergantung… sebab girl tu nak tanya banyak soalan katanya tapi Kimie tak jawab…. So aku pun dengan naughty nye pandang hubby then tolong jawabkan… “Tanyalah.  Apa soalan kau?” tu jer ok dan aku tutup phone… pastu Kimie datang dan duduk balik kat meja.  Minta telefon semula.  Dia pandang aku dan tanya… “Mama tengok fb adik ekk??” “Mana ada” Bidas aku sambil hidung kembang-kembang nak tahan muka menipu takut tak jadi.  Rupanya…. Lepas soalan aku tu tadi pembuka cerita girl yang chatting ngan Kimie tu….  Dia membaca sambil buat muka kembang kuncup bibirnya dan pandang aku…. “Mama ekk tulis tanyalah tu?? Mama tau tak?? Banyak betul soalan dia adik nak jawab.  Malas la adik ni…. Dia ni pandai tanya…. Dah boleh buat karangan tau dia tanya adik!!” sambil letak telefon dan muka kat meja macam orang tension.   Tersembur ketawa aku dan hubby dengar ayat last tu… Soalan macam karangan???? Hahahahahah!!! Kimie-kimie… ada jer ayat skema dia… “Meh sini mama baca” terus aku amik telefon tu.  Aku  baca sambil ketawa dan menyeringai…. Hahahahha….. memang betul pon banyak soalan budak ni macam tinggal kat mana… tengah buat apa… kenapa lari jumpa dia…. Dan macam-macam lagi laa…. Tapi ada satu ayat last tu aku takleh tahan…. “Kalau aku suka ko, ko marah tak?” Ambooiii budak sekarang ni… advance betul… hubby  yang joint baca sama dah sengih… “Ni kes perigi cari timba ni!!” hahahhaah… betul la tu.  Kihkihkih….

Aku nak tau apa citer selanjutnya… so dengan loghatnya aku tolong taipkan tanpa Kimie nampak… “Kenapa ko suka aku?”  Tak sampai seminit budak tu balas… malu la bagai but jawab juga soalan aku.  Dia kata Kimie handsome, kelakar dan baik hati .  Berderai ketawa aku dan hubby bila baca jawapan girl tu.  Kimie pon rampas telefon tu dan baca sambil buat muncung kembang kuncup.  Hahahahha… lagi la aku ngan hubby ketawa.  “Mama ni… kenapa mama tanya.  Dah adik malu nih… Ahhh.. malas la adik nak jawab lagi…” Lagi la aku ketawa ngan hubby… Aku ngan hubby dah tak larat nak ketawa kat kedai mamak tu… terus hubby bangun dan bayar makanan kami.  Terus kami balik ke rumah…. Sepanjang perjalanan tu tak abis-abis kami mengusik si Kimie… “Wahhh… Kimie ada peminat la…” dan macam-macam lagi… Tapi Kimie tension jer menjawab “Mana ada… mana ada!”  Dalam mengusik tu… kami sempat juga cakap…. “Sekolah dulu dik… awek-awek ni kendian.  Adik kata nak jadi orang berguna…”  “Betul la tu… mama ngan ayah tu kacau Kimie kata Kimie ada awek”  Hahahah… Kitorang lak kena.

Sampai rumah…. Aku dah tak tahan mata… bersiap dan kemas-kemas terus tidur.  Hubby dok sibuk membelek computer…. Kimie pon macam tak boleh tidur so dia pergi buka CD citer Laki-Laki.  Jadi aku tak tau la apa berlaku malam tu…. Bangun pagi masa hubby dan anak-anak siapkan diri… hubby story kat aku kisah malam tadi….  “U tau… Anak ko macam tak boleh tidur malam tadi… sasau ke apa ntah… yang aku tak tahan tu… masa aku kat depan PC ni dok la perati… si Kimie pergi kat cermin dining tu… dok membelek muka dan badan dia sambil sengih-sengih dan cakap perlahan sendiri… “Hensem ke Kimie ni??” aku dok la ketawa dalam hati tengok gelagat dia… Kalau ko ada mesti ko gelak tak hengat punya.” Sorry ekk bahasa hubby pada aku pon memang “kau” “aku” dan “I” “U”… mana yang senang… orang Melaka la katakan…. Heheheh… Sambung balik story… aku ketawa mengekek bila hubby citer pasal Kimie dok menelek diri dia kat cermin tu…. Sambil kitorang ketawa bila cerita-cerita dan flash back kisah malam tadi.  Hahahaha…. Kimie… Kimie….

Apa yang buat aku nak gelak sengsorang seharian ni sampai story citer ni kat blog sebagai peringatan aku sendiri dan share ngan korang…. Aku asik dok teringat ayat skema dan tingkah laku Kimie ni bila ada girl nak ngorat dia…. Dengan muka sengih sambil kembang kuncup tu…. Dengan keadaan gigi besau dia kat depan tu…. Dengan gerak geri dia…. Ehhh semua lah… Sambil tu aku menelek jugak anak aku tu…. Hensem celah mananya budak tu kata…. Bukanlah nak kutuk anak aku sendiri tapi sedor diri anak kita camner… tapi ada pulak yang berkenan ngan anak aku yang gigi besau, celeng ngan katik tu… hahahhaha….  Cemey ke mata budak tu??? Hahahahahha…. Adessssss…. Nak taip story ni kat korang pon aku gelak sengsorang lagi…  Asik dok memikir… Kecik-kecik pon dah ada pulak peminat si Kimie ni ekkk??? Hahahahah!!!  Kira anak aku ni kategori hensem la yer... bangga nyer aku...!!! :P

Apa pon…. Korang jangan salah anggap ekk… cerita aku ni bukan aku menggalak ke apa… Ni cuma gurau senda aku dan anak-anak sekeluarga…. Bahan story…. Aku tau apa anak-anak sedang lalui masa ni.  Asalkan diorang tak melampaui batas sudah…. Lagipun aku selalu check FB anak-anak aku.  Taula apa yang diorang buat.  Anak-anak aku sedang lalui fasa-fasa nak masuk zaman remaja… adatla kan…. Masa gini ada peminat hinggalah ke sekolah menengah. Dulu korang pon gitu jugakkan… Jangan tak ngaku ekk!!! Orang kata perangsang nak pergi sekolahla katakan.  Hahahah… Apa pon… aku selalu mengingatkan anak-anak aku batas-batas lelaki dan perempuan.  Masa aku selain masa mereka sekolah lebih dengan aku… so tau apa yang diorang buat…. Bukan sebab sporting yer…  Insyaallah…. Doakan baik-baik yer….. Bye.. bye korang….


Khamis, 20 Februari 2014

Setting Jadual Harian Anak

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 3:19 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Perghhh... Dah hampir 2 bulan persekolahan anak-anak... baru harini aku dapat setting betul-betul jadual harian anak-anak aku.  Ngeri pula aku tengok jadual diorang.  Huhuhu.  Pack giler wehhh... haruslah anak-anak aku penat tapi nak buat macam mana.  Itu yang mereka kena lalui untuk berjaya dalam pelajaran dan taekwondo.  

Aku kira anak-anak aku ni special la kan.   Sebab bukan semua kanak-kanak dapat peluang macam anak-anak aku hingga ke tahap ni.  Alhamdulillah... dah hampir 9 bulan aku sendiri lalui kepayahan untuk menguruskan anak-anak aku dalam kelas taekwondo secara professional ni (kelas sparring untuk pertandingan).  

 Agak-agak korang laa... boleh ke korang lalui bila tengok jadual anak-anak aku nih???
Klik pada jadual untuk besarkan
Nampak jer macam tersusun jadual tu tapi kalau dah lalui memang tau la macam mana... tak sempat nak bermain kadang tu.... mana nak buat kerja sekolah... masa tu main langgar jer la.  Yang pasti sebelum anak-anak aku ke kelas sebelah malam kerja sekolah mereka kena siap pada waktu petangnya supaya bila mereka balik dari kelas malam dah boleh terus berehat dan tidur.  Itulah rutin harian mereka.  

Huhuhu... cian diorang... aku yang jadi tukang antor kehulu kehilir pon penat jugak... huhuhu... kena adakan aktiviti sementara tunggu diorang.  Adessss.... Sabo jer laaa....

Rabu, 19 Februari 2014

Doakan Kami....

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 2:58 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Bismillahhirrahmanirrahim....

Sahabat-sahabat pembaca blog aku... Aku barharap sangat doa dan restu dari kalian.  Pertamanya, doakan yang baik-baik untuk kejayaan aku sama ada di tempat kerja mahupun dalam perniagaan kecil-kecilan aku dan juga dalam kehidupan.   Doakan aku dihindari dari pandangan mata jahat manusia dan perasaan hasad dengki yang tidak senang dengan kesenangan hidup aku selama aku bekerja dan mencari rezeki. 

Sahabat-sahabatku…. Doakan juga buat anak-anak aku si Hanum dan guga Hakimi.  Doakan mereka berjaya dalam pelajaran dunia dan akhirat terutamanya buat si Hanum yang bakal menempuh peperiksaan UPSR pada tahun ni…. Doakan anak-anak aku cemerlang dalam pelajaran yer….

Sahabat-sahabatku…. Doakan juga supaya  Hanum dan Hakimi berjaya dalam bidang sukan yang diceburi terutamanya dalam Taekwondo.  Doakanlah segala usaha dan penat lelah mereka sekarang ni memperoleh kejayaan.  Doakanlah usaha mereka juga mampu mendapat tempat dan perhatian pihak yang sepatutnya untuk maju ke peringkat lebih tinggi dipermudahkan.  Doakanlah mereka berjaya hingga mampu mengharumkan nama negara Malaysia kelak… Insyaallah… Aminnnn

Aku mengerti tiada kejayaan jika tiada keperitan…. Namun mohon korang berdoakan kami moga segalanya dipermudahkan…. Minta dihindari dari sebarang kecelakaan dan yang paling penting minta di hindari perasaan hasad dengki orang lain jika ada.  Minta sangat dijauhkan.

Begitu juga aku….. aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian dan keluarga baik di dunia mahupun di akhirat.  Kita sama-sama berdoa yer.  Aminnnn


Nota Emmy:  Cuba untuk positif dengan anak-anak setelah mendengar keluhan sahabat pagi tadi…. Moga segalanya dipermudahkan… Insyaallah… Amin

Selasa, 18 Februari 2014

Congrats to Adik Khairul & Wifey

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 12:32 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Last Sunday sempat aku sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan adik sepupu belah abah kami di Dewan Guthrie, Bukit Jelutong.  Macam biasa... majlis perkahwinan adalah tempat semua keluarga berkumpul.  Masa ni je lakan nak jumpa....  tapi aku dapat stay sekejap jer sebab petang tu anak-anak aku latihan taekwondo so kami tak boleh stay lama... tak lama pon 2 jam juga la kat sana menebeng.  Hehehe...

Anyway... just nak wish 'Selamat Pengantin Baru buat Adik Khairul & Wifey' yer dari Along sekeluarga.... Semoga berkekalan hingga ke anak cucu dan berbahagia hingga ke jannah!! Amin....

Happy Birthday Angah!!

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 12:16 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Harini 18 February merupakan Birthday Angah pula...  Just want to wish u sister....
 

Happy Birthday Mama!!

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 12:00 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Saja nak wish to my Mom... Happy Birthday Mama!!

Masa celebrate tu... kami kebetulan semua tengah santekk pagi tu sebab nak pergi kenduri kawen sepupu di Bukit Jelutong... so before bertolak... kami buat surpises for Mama.  Actually birthday Mama sebenarnya on 17th February but kami celebrate awal sehari sebab tak mau  miss out the moment.  Kebetulan pula semua ada... Ngeh... ngeh... ngeh... 

Sekali lagi Happy Birthday Mama... semoga Allah lanjutkan usia mamaku dan dikurniakan kesihatan yang baik selalu.  Amin...  Love u Mom!!

Pengarah Saya Paling Sporting Sudah Bersara T_T

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 11:28 PG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Salam semua....
Our last day picture.  Miss her badly!!
Huwaaaa... mood nanges dulu.... today punya entry nak story pasal pemergian kerana bersara Puan Sharifah Hanisah binti Syed Abdul Aziz atau nama manjanya Puan Sherry bertugas di Jabatan Biokeselamatan (JBK).  Huwaaaaaa....

Hilanglah satu-satunya pengarah dan juga boss yang sporting, baik hati, pemurah and motherly kat opis ni.  Beliau bersara awal.  Bersara kerana apa... hanya kami-kami jer yang tahu... ngeh.. ngeh... ngeh.... Lagipun... dah usia gini Puan Sherry lebih rasa selesa untuk jadi surirumah tangga sepenuh masa dengan aktiviti mengemas rumah, gardening dan jadi ibu kucing...  hehehehehe.... katanyalahhhh!!!  Nak layan anak-anak mereka pon dah besau.... Yang paling penting kata Puan Sherry now masa untuk beribadat di usia emas ni.... Alhamdulillah.  Lagipun, husband beliau pon dah bersara... masa untuk dating-dating berdualah sekarang ni... hehehehehe... sok-sok aku pon gitu... aminnn... kalau ada umur panjang seperti beliau.

Okaylah... aku doakan yang terbaik buat Puan Sherry dan keluarga.  Sebenarnya... masa aku menulis ni... Puan Sherry dah 12 hari pon meninggalkan JBK.  Last day dia on 7 February 2014.  Ni kes aku rindulah kat dia ni sampai buat entry pasal dia.... mana tak nya.... lalu-lalu bilik dia gelap jer... huhuhu..... dah la masa ni tinggal aku berdua jer dengan pengarah seorang lagi yang sentiasa sibuk.  Tetiba terkesumat perasaan rindu pada dia lak.... huwaaaa..... Puan Sherry... if u read my entry ni.... "I MISS U PUAN SHERRY".

Bye!!

Jumaat, 14 Februari 2014

Kisah Belajar Bahase Melaka

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 12:14 PTG
Reactions: 
7 comments Links to this post
Lagi satu ayat baru 
Gebang - cakap besau
Menjejes-meleleh
Peran-kawan letak brg yg tinggi mcm atas para atau almariLagi satu ayat baru 
Gebang - cakap besau
Menjejes-meleleh
Peran-kawan letak brg yg tinggi mcm atas para atau almari*** setau aku maksudnya - saje je / terlepasMula-mula sebelum nak menulis terpikir jap... Apa ekk nak merepek arini…. Hihihi… boleh lak fikir dulu sebelum menulis… gini…. Aku teringat smalam punya cerita… dok berwhatsapp dengan kengkawan sekolah… tetiba ada sahabat aku si Jep ni dok tanya secara personel kat whatsapp…..

Jep: Kalau ko tera… Lopak tu apa?
Tetiba pulak si Jep ni tanya pasal lopak…… malas nak pikir punya hal aku terus jawab ringkas
Emmy: Becak air Jep
Jep: Lain. Panggilan orang Melaka la
Emmy:  Yang aku tau lopak itu le… yang lagi 1 tu muka berkepoh ngan bedak..
Dalam hati terpikir… ehhh yer kee?? heheheheh
Jep: Kalau pencil box ko panggil apa ye?
Haaaa… baru teringat… lama dah tak guna perkataan lopak yang merujuk kepada pensil box ni.  Lama sangatlah…. Almaklumlerr… aku bukan anak jati Melaka.  Mak ayah jer orang Melaka…  aku ni lahir kat N9 tapi dibesarkan dan disekolahkan di Johor dan N9.  Pastu bila parents balik Melaka aku sempat meniaga jer then kerja di KL.  Nasib baik kawen ngan anak jati Melaka…. Dah tentu bahasa dia pekat skit.  Hehehehe….
Emmy:  Oooo yer leee…. Lopak kotak pensil.  Ade-ade…. aku pernah dengar
Jep: Hahaha… ko pon lupakan?
Emmy:  Heehehe… perkataan tak sinonim ni tu yang tak ingat
Jep: Nanti jap lagi aku masukkan kamus bahase melake.
Emmy: Amboiiiii

Dalam 5 minit gitu di dalam group whatsapp SMVPD79ERS pon sampai lah kamus bahasa Melake si Jep ni…. Entah mana le si Jep ni dapat… Ketawa sorang-sorang aku der…. Memang betol pon… Sampai jadi hot topic la kat dalam group petang tu….  So ni yang si Jep antau… (cehhh… aku pon dah start loghat Melaka dah….)

1. Kensal : Tuala
2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni”
3. Kahau : Cakap kasar
4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu) See….sebut betul-betul GODAK. Pandai….
5. Lahanat, Lahabau & Sial (Lahanat dan lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman 6. Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati).
7. Berboko, barah, cekik : Makan
8. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi mane……..Yele………Ikut suka hati ko le………
9. Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan kepada huruf U. (Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar jadi pasau).
10. Kepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku) Jelas?
11. Kumbah : (contoh ayatnya, “aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik)
12. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumah dak Leman.
13. Membongkah : kuat makan ( Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik)
14. Gobok : Almari
15. Membongkang : tidur yang amat lena
16. Nau : Longat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataan Benar @ Benau
17. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau)
18. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas
19. Handau: Kalah @ tewas @ lemah
20. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu”. Contohnya : “antu” Munah duk mane?
21. Lopak : Pencil box
22. Beledi : Baldi
23. Lemari : Almari
24. Lebang : Pemalas
Memang kasar tapi sebenarnya orang Melaka semua baik-baik.

Hahahah… memang betol pon sumer ni… seronok lak aku baca…. Sibuk jugak menambah perkataan yang aku tau kat situ…

Sewal- seriau/gerun.  Contoh ayat.. “Eeeeiiii …. Sewal aku tengok budak ni… ada jatuh plak ni kang….”

Muka tebek – muka seposen, selenga, muka kesian.  Contoh ayat “Apsal tebek nau muke ko ni Jep”

Yang kelakaunye…. Ada la sahabat ni dok bagi ayat lawak dari perkataan yang aku ajau tu kan….

“Jafri termenung dengan muka tebeknya sambil merenung lopaknye  yang terbelah dua”

Sakit perut aku gelak sengsorang kat opis baca ayat… macam lucah pon ada aku baca ayat tu… hahahhaha…. itu belom yang kawan-kawan lain baca dok ketawa ngan menyumpah sampai terkentot…. Hahahhaha… Adessss lawak la diorang ni.

Angkara dari topik semalam…. Maka aku pon merajinkan diri la menggoogle perkataan atau kamus bahase melake ni.  Jumpalah blog mamat sorang ni bernama Topan Diari …. Aku share and kredit dari blog beliau yer…. Adalah 2-4 perkataan yang aku tak sahih maksud dan betulnya….  Tapi mostly perkataan kat situ betul cuma ada certain perkataan aku rasa dia tersilap kot but aku ambil inisiatif untuk perbetulkan dan aku tambah juga… kalau aku salah juga ampun yer…. 

Mari Belajau Bahase Melake

1. Poring: comot
Contoh ayat:
Pesal bedak kau ni poring sangat Huda....

2. Gebau: Selimut
Contoh ayat:
Mak dah letak gebau kau atas katil. 

3. Kensal: Tuala mandi
Contoh ayat:
Kensal kau Mak basuh tadi.

4. Beledi: Baldi
Contoh ayat:
Beledi tu bocorlah...Takde beledi lain ke?

5. Cebok: Gayung
Contoh ayat:
Mak, Cebok dalam jamban belakang ghumahdah hilang!

6. Gobok: Almari
Contoh ayat:
Aim, simpan baju-baju kau ni dalam gobok.

7. Lemari: Almari
Contoh ayat:
Ni lemari baru ke untuk Munir mak?

8. Kahau: Cakap Kasar. Pekat
Contoh ayat:
Pesal kau nie? Kahau sangat cakap dengan aku. Tak reti cakap baik2 ke?

9. Reti: Pandai, boleh
Contoh ayat:
Kau reti buat kuih karipap tak Joyah?

10. Lahabau: Apa khabar. 
Contoh ayat:
Lahabau kat Mat!!! Lama tak jumpe!!! Ingatkan dah mati tadi....

11. Lahanat: Laknat
Contoh ayat:
Lahanat kau kucing! Kejap pan kau cilok ikan aku!!!

12. Hawau: Tak guna
Contoh ayat:
Hawau kau Senah! Aku suruh kau bank in duit aku dalam bank! Bukan suruh kau joli!

13. Godak: Kacau
Contoh ayat:
Kakak sedang menggodak air di dapur .

14. Mencekik, Mentekedarah, Berboko: Makan
Contoh ayat:
Kau ni hari-hari mencekik sampai 2 pinggan. Tapi tak gemuk2 pun!
Jom kita mentekedarah puas2. Esok dah puase!
Agak2 la kau nak berboko pun... Ingatlah orang belakang yang tak makan lagi nie..

15. Kepau: Sepah
Contoh ayat:
Sape buat kepau ni hah? Penat aku kemas tau!

16. Bongkang: Tidur
Contoh ayat:
Tak habis2 kau membongkak! 

17. Kumbah: Selerak
Contoh ayat:
Siapa kumbah kain baju nie??!!!! Penat2 aku lipat tadi.... Bakau darah betul la!!!!

18. Dak: Kata panggilan sebelum nama seseorang
Contoh ayat:
Cube kau tengok dak Senah tu. Bukan main melaram! Dasar Jande meletoh kau!

19. Lopak: Kotak pensil
Contoh ayat:
Mak, adik nak lopak baru... Lopak adik dah rosak...

20. Membongkah: Kuat makan
Contoh ayat:
Membongkah betul la kau nie!!!

22. Membongkang: Tidur yang amat lena
Contoh ayat:
Aku masuk jer bilik dak Amin… sekali tengok dia tengah membongkang baik punye.

23. Lebang: Pemalas
Contoh ayat:
Kalau dah namanye lebang , memang lebang le Mak dak Husin tu...

22. Melohau: Besar sangat
Contoh ayat:
Lohaunye ghumah kau nie Daud. Macam Istana!

24. Sakau: Merampas, Mencuri atau mengambil hak orang
Contoh ayat:
Aku memang pantang dengan orang jenis suka sakau nie! 

25. Nau: Benar
Contoh ayat:
Sibuk nau la kau nie. Hal orang2 tua pun kau nak sibuk. Pergi main jauh2..

26. Menanguk: Melepak
Contoh ayat:
Pesal kau lambat balik? Tak habis2 menanguk kat ghumah dak Melah tu dari pagi sampai petang?! Malam baru nak balik!

27. Handau: Lemah, Kalah
Contoh ayat:
Tulah kau!! handau lagi!! kan dia dah pijak kau!
*** setau aku maksudnya - saje je / terlepas

28. Canguk: Tak bermaya
Contoh ayat:
Pesal kau ni lemah canguk sangat? Kau tak makan eh?

29. Be: Panggilan untuk orang yang tidak dikenali
Contoh ayat:
Be... Oh Be... Meh sini Be... Belikan atok Gudang Garam jap.

30. Piau: Asli
Contoh ayat:
Kau oghang Melake piau ke? Cakap tak macam oghang Melake pun!

31. Tegak: Lurus
Contoh ayat:
Kalau kau nak ke ghumah aku, ko jalan tegak je. Kau nampak bangsal kau belok kiri. Depan tu ghumah aku.

32. Balai: Khemah
Contoh ayat:
Mak, oghang sebelah sibuk pasang balai nak ghaye nie.. Dia nak buat open house ke?

33. Tiak: Panggil
Contoh ayat:
Cube kau tiakkan dak Beraim tue... Aku panggil2 tak nyaut pun..

34. Nyaut: Sahut
Contoh ayat:
Pesal aku panggil kau tak nyaut Beraim? Kau pekak ke?

35. Ghumah: Rumah
Contoh ayat:
Aku balik ghumah dululah

36. Bongkau: Beredar
Contoh ayat:
Aku bongkau dulu. Esok kita jumpe lagi

37. Sengkuap: Serambi Rumah
Contoh ayat:
Ghumah asal nenek aku dulu ada sengkuap. Selalu aku main kat situ. Sekarang takde dah. Dah ghoboh.

38. Ghoboh: Roboh atau musnah
Contoh ayat:
Mak nak ghobohkan ghumah nenek nie. Nak buat ghumah batu.

39. Mengkewan: Bilik Air
Contoh ayat:
Mengkewan ghumah atok aku kat belakang ghumah. Malam2 nak pergi kencing, gelap gile!

40. Muai: Banyak
Contoh ayat:
Muai gile makanan malam nie. Aku tak larat dah nak habiskan makanan. 

41. Menonong: Jalan tak pandang kiri dan kanan
Contoh ayat:
Aku nampak kau tadi kat tepi jalan, Aku panggil kau buat nonong je. Menonong je kau.

42. Tak semenggah: Tak senonoh
Contoh ayat:
Perangai dah la tak semenggah. Ada hati nak usha adik aku! Cermin dulu muka kau Hawau!

43. Bakau Darah: Sakit hati
Contoh ayat:
Bakau darah betul lah! Kasut Nike aku beli semalam dah kena rembat! Mangkuk hayun betul lah!!!

44. Mangkuk hayun: Perkataan kesat, caci maki orang Melaka.
Contoh ayat:
Bakau darah betul lah! Kasut Nike aku beli semalam dah kena rembat! Mangkuk hayun betul lah!!!

45. Esbok: Peti Ais
Contoh ayat:
Kau dah simpan ikan mak siang tadi dalam esbok?

46. Hujan Rebas-rebas: Hujan renyai-renyai
Contoh ayat:
Petang tadi hujan rebas2 je. Bukan hujan lebat. 

47. Bandau: Parit
Contoh ayat:
Kan mak dah kata!!!! jangan main kan bandau tu! Kan dah kena kaca! 

48. Gebeh, Londeh: Nak jatuh atau runtuh
Contoh ayat:
Man, ko tengok kerete Wira tue.. Bumper depan dia gebeh habis la!!!!
Abah cukup tak berkenan kau pakai seluar londeh2 nie. Cube pakai elok2.

49. Berkenan: suka, setuju
Contoh ayat:
Aku berkenan sangat dengan dak Zati anak pak Mael tue... Cantik sangat! Gebu!

50. Pe'el: Perangai
Contoh ayat:
Tak habis2 dengan pe'el kau tu lah Syuib! 

51. Deras: Cepat
Contoh ayat:
Bangun deras! Dah pukul berape nie?! Lambat lak subuh nanti

52. Madang: menyibuk
Contoh ayat:
Madang je aku nak siang ikan, mesti kau nak masuk ghumah ek kucing! Lorat nau!!!

53. Lorat: Sibuk 
Contoh ayat:
Lorat nau la kau nie! Aku nak makan, kau sibuk nak makan! 

54. Pak'kal: Nasib baik
Contoh ayat:
Pak'kal aku dah kawen! kalau aku bujang lagi, sah2 aku ngorat dak Zati tue!

55. Belo: Bodoh
Contoh ayat:
Kau ni nape belo sangat? Aku ajar 10 kali pun tak faham ke?

56. Mengeras: menghafal
Contoh ayat:
Aku bab2 nak mengeras ni memang ada belo sikit..

57. Tuang: Isi
Contoh ayat:
Aku benti jap eh. Nak tuang minyak.

58. Air pesam: Air Suam
Contoh ayat:
Mak hidang lagi air pesam kat meje tu. Tolong amekkan eh.

59. Lemau: Lemah
Contoh ayat:
Sejak puasa nie, aku tengok kau nie lemau je... Apesal? Tak bangun sahur ke?

60. Latam, Lencak: Lanyak  
Contoh ayat:
Tak habis2 kau latam tikau bantal kau tu! Sampai naik kepam!
Kau lencak anak aku nak tunjuk terror ke? Jangan nak samseng eh!

61. Kepam: Bau dan kotor 
Contoh ayat:
Bantal busuk aku dan naik kepam! Tapi best kepam air liur basi aku!

62. Peghoi atau peroi: Hancur
Contoh ayat:
Ikan yang beku, kena rendam dulu dengan air. Tunggu ikan tu peroi dulu baru boleh masak. Kalau tak, kaku kejang ikan tu nanti.

63. Sangap: Menguap
Contoh ayat:
Aiks, baru pukul 8 pagi dah sangap? Tak cukup tidur ke malam tadi?

64. Belal: Besen
Contoh ayat:
Mak dah beli belal baby baru? Belal lama tu dah bocor.

65. Pijau: Pijar
Contoh ayat:
Tangan aku pijau gile! tadi tumbuh sambal belacan cili padi, jadi pijau nie.

66. Dedau: Panas badan
Contoh ayat:
Ala, saya okey lagi nie.. Dedau sikit je.. Bukan demam panaspun...

67. Bulau, Malap: Merujuk kepada keadaan lampu yang tidak terang atau sesuatu yang tidak jelas dan tidak terang
Contoh ayat:
Kenapa lampu jamban ni bulau2? Nak terbakau kot
Aiks, lampu ni dah malap. Jap lagi gelap la nie
Nape ngan ko ni Ahmad? Tulisan besau-besau pon ko tak nampak.  Dah bulau ke mata ko?

68. Kot: Mungkin
Contoh ayat:
Tunggulah kejap. Manalah tau kot2 dapat jumpe Lisa kat sini.

69. Basah lokos, basah lencun: Basah kuyup
Contoh ayat:
Baju Abu basah lokos kerna berjalan dalam hujan lebat

70. Godok: Rodok
Contoh ayat:
Kau tahu Senah!!! Datin depan ghumah aku tu dah mati semalam! Dia kena godok dengan pisau. Kata oghang, ghumah dia kena masuk pencuri! Habis semua barang kemas dia hilang.

71. Ketiau: Ikhtiar
Contoh ayat:
Kita ketiau dulu cari dia sampai dapat! Kalau tak dapat juge, kite report Polis!

72. Berlenging: Tidak pakai baju
Contoh ayat:
Abah selalu berlenging setiap kali dia berasa panas dan berpeluh. Dia kata, seronok berlenging! Sejuk je...

73. Jantan Kelepir: Lelaki pemalas
Contoh ayat:
Kampung aku ada seorang lelaki nie. Semua orang panggil dia Mat Kelepir sebab peel pemalasnye.
*** Setau aku maksudnya: lelaki mengada-ngada

74. Begau: Degil
Contoh ayat:
Kau ni pesal begau sangat? Aku cakap sekali cukuplah! Pergi buat kerja kau sekarang!

75. Upau: Tali pinggang wanita yang diperbuat daripada kain untuk mengikat kain batik mereka.
Contoh ayat:
Ada kau nampak upau mak? Mak sangkut tadi kat sini tadi.

76. Kopek: Merujuk kepada perbuatan membuka sesuatu
Contoh ayat:
Tolong Akak kopek durian jap. Akak nak buat bubur durian.

77. Ikan Betok: Ikan Puyu
Contoh ayat:
Malam nie kita masak ikan betok nak? Tadi adik mengail dapat banyak ikan betok kat bandau tu.

78. Kuih telinga batak atau kuih telinga layau: Kuih denderam  atau Kuih telinga keling  
Contoh ayat:
Dulu masa aku kecik2 suka sangat makan kuih telinga layau.

79. Telinga Layau: Telinga capang
Contoh ayat:
Ali merasa rendah diri pabila diajuk layau oleh rakan-rakan sekolah kerana memiliki telinga layau.

80. Serun: Takut
Contoh ayat:
Mak Limah memang tak berani nak jalan malam2 seorang kat kampung nie. Serun Mak Limah. Katanye ada pocong berkeliaran memalam kat kampung nie.    

81. Berposak-posak: Bersusah payah
Contoh ayat:
Berposak-posak aku cari  ghumah kau nie la. Ghupenye ghumah kau nie ikut celah lorong kedai depan, jalan tegak dah sampai eh. Aku le yang belo cari jalan ghumah kau nie.

82. Keje kawen: Kenduri kahwin
Contoh ayat:
Pada 17 Disember 2011 ini, Topan menjemput semua rakan-rakan Topan menghadiri keje kawen kakak Topan di Melaka. Jemput leeee datang......

83. Kang atau karang: Nanti
Contoh ayat:
Karang aku pergi le kedai tu. Aku nak mencekik jap. Lapau dah nie!
Aku lempang kau kang! Banyak lak dolak dalihnye.

84. Melangok: Duduk melepak tanpa buat apa-apa
Contoh ayat:
Orang tengah sibuk2 kemas ghumah nak raye, korang boleh bantai melangok depan tibi! Siap kau! Mak balik kang, aku report!

85. Titik, Sesah: Pukul
Contoh ayat:
Aku sesah kau kang! Aku cakap kau melawan! Nak jadi anak derhaka hape?!
kau nakal lagi, aku titik puas2!

86. Kosek: perbuatan membasuh beras untuk di tanak
Contoh ayat:
Kosek beras tu bersih2! Jangan main sambil lewa lak!

87. Terhempap-hempap: Terhegeh-hegeh
Contoh ayat:
Cuba jalan tu cepat sikit! ni terhempap-hempap! Macam itik!

88. Sama tumbas: Sama sibuk
Contoh ayat:
Aku nak berak, kau pun sama tumbas! Pergi dah!

89. Muka tarpal: Bermuka-muka
Contoh ayat:
Aku apling benci orang yang muka tarpal! Silap hari bulan tangan aku ni cecah muka dia!

90. Darat: merujuk ke kawasan yang tinggi di sesebuah tempat
Contoh ayat:
Mak nak ke darat kejap beli Milo. Milo dah habis

91. Baruh: Merujuk kepada kawasan yang rendah di sesebuah tempat
Contoh ayat:
Selepas mak ke darat, mak nak singgah ke baruh, pergi ghumah Mak Cik Temah. Katanya nak pergi Umrah besok.

92. Naik: Merujuk kepada aktiviti datang atau sesuatu kawasan yang lebih atas.
Contoh ayat:
Bas MOS dah naik ke? Saya nak ke Melake
Aku dari Melake nak naik KL, payah le...

93. Turun: Merujuk kepada aktiviti  pergi ke sesuatu tempat atau merujuk kepada kawasan yang lebih bawah   
Contoh ayat:
Semalam aku turun Melake beli baju sekolah bebudak.
Apa kate kau dari KL turun Melake. Kau kan ade kete..

94. Berjejai: Jarang sangat
Contoh ayat:
Wah Tipah! Baju kau berjejai sungguh! Nampak isi dalam kau tue! Marveless

95. Memau: Kebas
Contoh ayat:
Naik memau punggung aku duduk atas kerusi kayu kau ni Jah!

96. Berdedai-dedai: Berpusu-pusu
Contoh ayat:
Orang ramai berdedai-dedai menuju jualan murah di Kampung Jawa semalam.

97. Hujan Petus: Hujan lebat
Contoh ayat:
Kenape le hujan petus sangat nie? Aku nak keluau ghumah pun tak dapat!

98. Terkonyel-konyel: Mengunyah sesuatu yang liat
Contoh ayat:
Aku tengok budak nie terkonyel-konyel dari tadi. Kau makan ape nak?

99. Stemet: Jimat
Contoh ayat:
Orang nak kawen, kenalah stemet sikit. Kang tak tentu pasal tak cukup bajet!

100. Nalau: Selalu
Contoh ayat:
Tak ada muka lain dah kat sini, nalau je kau eh! Asyik2 muka kau la!

101. Jinjit: Piat
Contoh ayat:
Padah malas kau nie. Aku jinjit telinge kau ni kang. Tak tentu pasal merah aku buatnye!
*** Setau aku maksudnya: jinjing sesuatu atau pegang sesuatu berbungkus

Haaaa… ni tambahan aku semalam….

102. Sewal- seriau/gerun. 
Contoh ayat:
Eeeeiiii ….Sewal aku tengok budak ni… ada jatuh plak ni kang

103. Muka tebek – muka seposen, selenga, muka kesian. 
Contoh ayat:
Apsal tebek nau muke ko ni Jep.  Cube cergas skit.

104. Enjap/Anjap - kejap
Contoh ayat: 
Korang tunggu enjap eeeeiii... aku nak gi jamban jap.


Haaaa… rasanya dah lengkap dah kamus bahase melake yang aku amik dari blog kawan tu yang aku dah perbetulkan serta tambah sendiri.  So kengkawan…. Jom le kita borak care orang Melake ekkkk….

Salam sayang dari aku yer…

  
Kredit dari blog Topan Diary

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...