Isnin, 15 April 2013

Menguruskan Mertua dan Nenek Tersayang

Posted by Emmymazli at 1:58 PTG
Salam semua....

Lama juga aku menyepi dari menulis... lama pon tak lama laa... ada la seminggu lebeyyy.... heheheh.... aku tak ke mana pon.  Aku berada di Melaka sengsorang sebab hubby aku outstation di Langkawi maka aku menguruskan mertua aku yang telah di admit ke hospital untuk menjalani operation mata dan menyambil meneman nenek aku yang uzur keseorangan di kampung tu.
Mertua aku bersama hubby dan Nenek aku
Sebenarnya.... mak mertua aku ni sepatutnya menjalani pembedahan kanta mata yang telah kabur pada hari Selasa lepas lagi dan dia sebenarnya dah masuk wad lebih awal pada Ahad tu.  Tetapi memandangkan paras diabetes mak mertua aku ni mendadak dan surut pon tak memenuhi kehendak doktor walaupun telah disuntik insulin dan mendapat perhatian doktor setiap jam, jadi operation tu terpaksa ditangguhkan dari hari ke hari.  Sepatutnya, hari pembedahan yang dijalankan tu pada hari setiap Selasa, Rabu dan Khamis minggu tu.... tapi sepanjang tu la paras diabetes mertua aku tak surut-surut.  Bila surut pula dah hari Jumaat dan Sabtu.  Maka terpaksa la dia stay kat hospital sehingga hari Selasa, Rabu dan Khamis minggu berikutnya dan pembedahan  hanya boleh dijalakan jika paras diebetes dia stabil.  Maka aku la ni menjadi peneman setia dia setiap kali waktu melawat selama 5 hari aku di Melaka sehingga la aku nak balik ke Cyberjaya Sabtu malam yang lepas sebab dah terlalu lama aku pontengkan anak-anak aku sekolah.  Huhuhu.
Semasa hari pertama di wad... insulin sentiasa dimasukkan ke dalam untuk mengawal paras diabetes
Kebetulan juga.... aku meneman nenek aku di rumah induk tu yang keseorangan sebab parents aku yang duduk sebelah rumah jer dari rumah nenek aku yang menjaga makan minum dia selama ni ke Hospital Johor pula meneman adik aku yang lelaki si Boy menjalani pembedahan potong kelenjar peluh di tangan.  Hmmm.... 5 hari juga la dia takder... dan selama aku di Melaka tu la aku meneman nenek aku sambil siapkan makan minum dia.  Nenek aku ni dah 85 tahun kot... kaki pon dah tak kuat... kesian lak bila biar dia diri lama-lama kalau nak masak or basuh pinggan... so terpaksa laa aku membantu mana yang patut dan meneman dia tidur di rumah sorang-sorang tu.  
Adik aku Boy  yang baru balik dari Johor pada Sabtu lepas.  Dia tunjuk kesan pembedahan kelenjar di tepi ketiak.
Dalam kata penat terkejar sana sini uruskan mertua dan nenek aku tu sengsorang.... aku perati tak kurus-kurus jugak aku nih... huhuh!!! Sabo jer laaa... moga aku dikurniakan kesihatan yang baik hendaknya... selagi aku boleh berbakti untuk mereka aku akan usaha.... insyaallah!!  Doakan juga kesihatan mertua dan nenek aku agar baik semuanya yer kengkawan.... thank you.

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...