Khamis, 6 Disember 2012

Kejohanan Bola Tampar Pantai MAKSWIP 2012

Posted by Emmymazli at 1:46 PTG

30 November -1 Disember 2012

Salam semua....

Today aku nak share story aku yang baru balik dari Kangar, Perlis.  Aku dan rakan sepasukan NRE telah menyertai Kejohanan Bola Tampar Pantai MAKSWIP 2012...  tak seperti tahun lepas.... tahun ni kami mempunyai Pengurus Pasukan... saper lagi kalau tak Abg Bob kita.  Heheheh....  Kalau tahun lepas kami hantar player ngam-ngam 4 orang jer.... tahun ni kami hantar 5 orang.  Extra sorang!!  Almaklumlaa... player ngam-ngam jer.  Dah masing-masing ada yang pregnent laa... ada yang baru lepas pantang laa... Ada yang last minit tarik diri laa (org yang ni memang aku bengang giler ngan dia... macam star beb!!)...  So terima la seadanya.  Malas nak fikir banyak-banyak.

Team NRE
Kali ni aku pergi ke Kangar bersama family aku dan adik lelaki aku si Boy menaiki kereta sendiri dan tak join kengkawan lain yang naik bas bersama team bola sepak.  Nak rasa jalan jauh la katakan.  Haa amik ko....!!! Disebabkan game start on 30/11/2012, maka kami bertolak sehari lebih awal on 29/11/2012.  Habis kucing aku sumer kena tinggal dengan bapak angkat (boarding) heheheh....  Kami  bertolak exactly dari Cyberjaya jam 12.30 tengah hari dan sampai Kangar lebih kurang jam 7.15 malam.  What a long journey... tapi ini termasuk masa rehat untuk makan durian kat Gopeng dan makan mee udang kat Sungai Dua.  Hahaha.....  Aku dan family menginap di Hotel Sri Garden tak jauh dari Hotel Putra Palace di mana perlawanan bola tampar tu diadakan.  Malam tu... jam 8.30 malam aku, pengurus dan urusetia diberi taklimat perlawanan untuk bola sepak 9 sebelah dan bola tampar pantai oleh urusetia kejohanan.  Undian telah ditetapkan bagi pasukan Bola Tampar Pantai Wanita, di mana team NRE telah diundi dalam kumpulan D bersama pasukan FRIM A, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Kementerian Perusahan Perladangan & Komoditi (KPPK)... Huhuhu....
Bersama team dan pengurus serta urusetia
Hubby, Adik aku Boy dan anak-anak yang ikut aku ke Kangar
Ok.. Day first tu.... untuk first game NRE bertembung dengan FRIM A yang merupakan kawan-kawan jabatan di bawah 1 NRE.  Kebetulan 2 dari player team FRIM adalah rakan team NRE yang berlawan dengan Singapore baru-baru ini.   Hmmm.... Kami kalah dengan point 15-21... Sedey giler sebab di awal game kami main dengan konsisten dan seiring point dengan FRIM... tapi entah camner bila dah masuk pusingan kedua tu boleh plak masing-masing banyak buat mistake.  Huhuhu.... Game yang kedua kami bertembung pula dengan team PERANGKAAN pulak.  Untuk game ni kami menang 21-07.  Horayyyy.... Game yang ketiga pula kami berlawan dengan KPKK.  Untuk game ni kami juga menang dengan mata 21-16.  Maka dengan ini... secara rasmi kami merupakan naib juara kumpulan so kami akan bertembung dengan naib juara kumpulan lain pula di Quarter Final...
Game with team FRIM A
Game with team PERANGKAAN
Game with team KPKK
Nak dijadikan cerita... game team NRE untuk ketiga-tiga game habis sebelum tengahari sembahyang Jumaat tu.  Jadi nak menunggu bersambung petang tu.... kami telah  maklum yang game untuk wanita memang dah tak banyak untuk dihabiskan petang itu sedangkan game untuk lelaki masih bersusun.  Jadi aku dan rakan-rakan lain telah maklum kepada ketua pengadil dan urusetia yang jika game untuk quarter final boleh disambung esok sahaja dan game untuk lelaki yang masih belum habis boleh dihabiskan selepas court untuk game wanita tamat.  Tetapi atas kedegilan urusetia.... diorang minta tunggu juga sebab katanya selepas game wanita tamat.... akan bersambung game quarter final wanita pula.  Team aku ni... berjanggut la menunggu sambil menonton group lain bertanding.  But in the end bila jam menginjak 5.30 petang dan game wanita pon tamat. Tiba-tiba pengadil menaikkan nett  bola tampar dari ukuran wanita kepada ukuran lelaki.  Rasa pelik pula... tadi kata nak sambung game quarter final wanita.  Setelah di tanya.... urusetia nak sambung game lelaki  kasi habis dan game quarter final bersambung esoknya.... Takke hampeh namanya tu!!! Bila orang bagi pandangan dan nasihat korang sombong.... Bukan aku dan pengurus aku jer bertanya... tapi aku rasa ada beberapa team yang habis awal pon dah maklum lebih awal dengan urusetia tapi kemain eksen lagi!!!  Ni nama dia bodoh sombong.....!!! Sakit hati aku dibuatnya!!!  Menunggu bagai nak rak dari jam 2.15 sampai 5.30 petang hanya dengan aktiviti  melangok jer???!!!!!  Dah la panas terik ok!! Naik ireng dah aku ni.... kesian kat anak-anak, hubby dan adik aku yang melangok takder aktiviti.... Kalau tau gini... mau aku dan kengkawan dah sampai Padang Besar!! Huh!! Rasa nak sepak-sepak jer!! Kecoh jer lebih.  (sebenarnya tuju kat bro sorang tu!!).  Nasib baik laa ada kengkawan kat situ semua sporting... pantang jumpa camera jer bergambo.... hihihi...
 
So hari berikutnya.... game NRE untuk ke quarter final setelah dicabut undi semalamnye tu... kami bertembung dengan WISMA PUTRA... hmmm... kebetulan lawan dengan kawan-kawan secourt selalu training kat Pancarona tu.   Adeh.... gentar pon ada.  Tapi semangat aku tak pernah pudar.  Cuma pagi tu... team aku agak rushing.  Nak dijadikan cerita.... boleh pula bas yang sepatutnya menghantar team aku yang menginap di asrama tu rosak.  Adehhh...... nasib baik la aku ni naik kereta sendiri dan menginap di area situ jer.  Boleh juga aku dan hubby pick up diorang tapi masa tu dah banyak terbuang la.  Dengan aku dan team tak breakfast lagi.... dengan kapten team aku tak sihat demam lagi.... bila nak masuk game pun tak warm up betul-betul lagi.....adehhhh!!! Buat masing punya feeling down jer....  Mula-mula tu masa kami berlawan dengan Wisma Putra tu still competetive lagi... but in the end bila player aku agak down mentalnya sebab asyik buat mistake jer... so tak boleh nak buat apa.  Berserah jer laa dengan mata 14-21... memang nak balik awal agaknyaa.... Huhuhuhu.
Game quarter final dengan Wisma Putra
Apa pon.... aku amat berterima kasih kepada team aku.... semangat juang tinggi wooo walaupun pelabagai rintangan berlaku.  Huhuh.... Apa pon... cuba yang terbaik tahun depan.  Hoiiiyeee.....

Nak tau apa aktiviti aku lepas game tu.... kita tunggu sambungan entry next nyer....


So layan gambar dulu....
 
Gaya-gaya aku yang macam star... uwekkkk!!! Puiiii!!! Hahahhaha
 
 
 

4 comments:

AcuRose on 7 Disember 2012 pada 1:48 PTG berkata...

Suka lah tgk emmy ni active betul.. ^_^

Emmymazli on 7 Disember 2012 pada 3:29 PTG berkata...

tq acu... suka-suka jer... emmy joint sukan yg emmy minat jer.... so far outdoor game yg boleh emmy join ni jer laa... yg lain agak payah skit... hihih

Unknown on 8 Disember 2012 pada 4:43 PTG berkata...

lama aih tak main bola tampaq hehe

Emmymazli on 6 Januari 2013 pada 8:29 PG berkata...

Jom la training sama

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...