Isnin, 24 Disember 2012

Bila Kucing Pergi Klinik!!!

Posted by Emmymazli at 5:38 PTG
Hai semua...

Entry kalini takder la apa sangat... just aktiviti aku dan anak-anak dihujung minggu bila ayah diorang pergi outstation.... hehehhe

Ini sebenarnya merupakan sesi membawa anak-anak kucing aku pergi mengambil vaksin di Klinik Haiwan & Surgeri Taman Equine tu but at last anak-anak kucing ni just ambil ubat cacing dan ubat kutu jer... Hahah.... si Bobby la ni punya hal... dia kene cirit birit.   So because of him, yang lain pon takleh amik vaksin.... Hahahha...
Bobby masa diklinik... terpaksa lekakan dia dengan bermain..
Klinik vet yang aku pergi...
Punyalah lama aku tunggu coz ramai 'patientnya'... hahhaha.... Tapi takperlah.... layanan doktor dan pembantu perubatan kat sini pon baik.  Ditemani pula kucing-kucing yang comel ada kat situ.  Anak-anak aku macam tak nak balik.   
Doktor-doktor yang baik-baik....
Apa yang menarik perhatian aku kat situ ialah.... ada 1 kucing ni kudung kaki belakangnya kerana aku dimaklumkan yang kakinya tak berfungsi dan rosak masa kecil sebab tak dijilat ibu dia semasa lahir.  Bila tak berfungsi, terpaksalah doktor kudungkan untuk selamatkan dia... Huwaa... sedihnya.... tapi dalam kudung tu... bukan main aktif lagi kucing tu... 
Kucing kudung kaki belakang yang aku maksudkan...
Anyway... Sebab 'anak-anak' aku tak boleh vaksin bagai... so aku balik jer dengan hati yang kecewa... 

Oklah..... takder apa yang aku nak storykan sangat... chow chin chau!!!

p/s:  aku yang sakit batuk-batuk dah dekat 3 minggu tak pergi-pergi klinik... kucing-kucing la pulak yang gi klinik... adehhh...sabo jer laaa!!!

Kucing-kucing diklinik vet tu...

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...