Selasa, 18 September 2012

Projek Taman Mini JBK

Posted by Emmymazli at 3:40 PTG
Salam semua....

Oklah... today nak update pasal Taman Mini JBK.... heheheheh... 

Alkisahnya... tiap-tiap tahun kat NRE ni akan buat program Hari Inovasi dan mengambil kriteria-kriteria permarkahan  untuk setiap jabatan.  Memandangkan jabatan aku ni jabatan baru... so banyak menda la takder kat sini... So nak dijadikan cerita, salah satu kriteria tu kena ada taman mini yang bertemakan "Go Green" di setiap jabatan.  Maka person incharge aku yang handle ni pun agak pening la bila kriteria tu di JBK takder.  Kalau nak buat pun, menggunakan perbelanjaan yang besarlah juga.  So, bila dah ditimbang kati dari segi kewangan sumer.... kami pun mengambil keputusan untuk menyervey pembelian taman ni dan terus order mengikut budget yang ada.  Sebelum tu... sempatlah aku design lebih kurang sudut yang aku rasa sesuai untuk buat taman mini mengikut budget yang ada walaupun aku tak tunjuk secara roughly kepada pegawai aku... malu weii........ so gini la rupanya draf taman mini pada pemikiran aku...
Draf taman mini mengikut andaian aku pada mulanya....
So, pada  hari Khamis (6.9.2012) yang lepas... kami (aku, Jaidah, En. Zul dan Anjang) pun ke Sungai Buluh untuk sesi menyervey dan membeli mengikut budget kerajaan.  Hahhaha.... sabo jer laa... sumer cantik-cantik but mostly kedai takmo terima LO... leceh!!! Cari punya cari.... jumpa la 1 kedai ni.... dah berkenan.... tanya-tanya kata terima LO but in the end bila dah pilih kata tak boleh pulak dan macam-macam alasan dia... sabo jer laa... at last bila dah diskus ngan  bossnye....baru boleh... hadoiiii!!! Dugaan!!!
gini lah lebih kurang design yang kami pilih di kedai tu...
So... dah pilih-pilih dan bincang dengan kengkawan yang pergi menyervey skali tu.... kami pun balik la ofis... redho dengan pilihan yang kami buat... jangan orang kat opis tak suke dah lee.... Designer kedai tu akan datang pasang sumer alat dan pokok pada hari Sabtu (8.9.2012)... so lagi la aku suspen dengan pilihan aku tu ok ke tidak sebab aku tak dapat tengok masa kerja dijalankan.... huhuhuh.... so far hari tu aku sempat tengok dalam FB jer gambar yang di tag oleh Puan Fiza yang menunggu designer tu pasang alat dan pokok bila sumer dah siap.  Kira ok la jugak....
Beginilah hasil yang kami dapat beli mengikut budget kami 
Hari Isnin (10.9.2012) tu... berkobar-kobar aku masuk ofis.  Heheheh.... Nasib baik cantik la jugak diorang pasang taman tu mengikut kesesuaian tempat..... cuma takde color-color pada taman ni..... Walaupun orang lain kata cantik... pada aku masih ada kurangnya....  Jadi aku dan Puan Sharifah, Pengarah tempat aku ni memikirkan sesuatu.... nak mintak boss sponsor macam payah jer.... belum mintak pun aku  malu sebab tau bebenau perangai boss aku tu.... so... dengan niat murni dan hati tulus  mulus Puan Sharifah ni.... dia telah menyemsponsor bunga tambahan dan trelis kat background taman tu... Dia minta aku pergi lagi sekali hari itu  juga ke Sungai Buluh untuk shopping bunga secara ad hoc sebab takut pegawai penilai datang tiba-tiba ke pejabat minggu tu.  Korang cer tengok perubahan tambahan tu...cantik tak??  Bunga pink yang tinggi dengan pokok macam daun pandan tu aku pinjamkan yang aku punya hasil dari aku  beli kat Sungai Buluh masa aku beli pokok-pokok tu... Tapi tu pokok fake tau!!  Whatever pun aku suke giler!!!
Taman Mini JBK
Jadi.... inilah hasilnya Taman Mini JBK bila dah siap..... apa yang merisaukan aku ni.... taman dah siap... orang yang datang audit tu tak datang lagi buat penilaian.... ada jugak pokok bunga bermusim aku tu kojol sebelum masanya pula.... adehhh!!! Sabo jer laa!!!

4 comments:

Non Tasbihaton Marhaban on 18 September 2012 pada 5:01 PTG berkata...

Wah! cantiknyer.. klu kt umah sendiri ada cenggitu lagi best..h ehehehe

Miss N on 6 Oktober 2012 pada 9:53 PG berkata...

Salam kak.
Saya tgh google2 pasal rumah kt Taman Pinggiran cyber, then terjumpa blog akak. :)
insyaAllah..tak lama lg saya pon akan jadi penghuni TPC. sedang uruskn pembelian rumah kt situ.

Emmymazli on 8 Oktober 2012 pada 9:52 PG berkata...

Miss N and Mr N,

Selamat menjadi warga TPC.... nnt dah duduk sini.. singgah-singgah le ke rumah akak ekk...

@hasney^-^ on 21 Mei 2014 pada 11:58 PG berkata...

As salam, cantik...drawing awak...tu..just nak tanya, drawing atas guna software apa ye?...saya pun nk kena buat taman mini utk pejabat, so pening nak fikir drawing pasal drawing ni, idea dah ada....tp ats kertas biasa laa...

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...