Khamis, 30 Ogos 2012

Resepi Roti Lapis Daging Berkeju @ Lagsana Melayu...Yummy!!!

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 12:14 PTG
Reactions: 
2 comments Links to this post
Salam semua


Today aku nak share resepi Lagsana Melayu for those yang nak hidangkan menu yang simple kepada tetamu  yang datang beraya tu.  Resepi ni aku dapat dari seorang kawan yang aku datang beraya ke rumah dia.  So aku pun mencubanya..... dah buat dan bagi orang lain rasa diorang kata sedap... Hehehhe... Menu ni memang  mengeyangkan dan mudah untuk dibuat.  Bahan-bahan pun mudah untuk didapati di kedai runcit.  Jom try yok!!!
Bahan Inti
300gm daging/ayam cincang @ 4 keping daging burger ayam (dihancurkan) 

** kalau nak daging lebih, 1 paket tu 400 gm  boleh disemuakan

1 biji bawang merah besar + 2 biji bawang putih ~ diketuk dan dicincang/blender
2-3 sudu besar rempah kari (ikut selera masing-masing) dibancuh dengan sedikit air


1/4 cawan air

kepingan cendawan butang yang diracik + mix vegetable / 1 biji kentang yang dipotong dadu - ikut suka nak letak banyak mana

sedikit garam dan gula
minyak


Bahan Roti
12kpg roti
5 biji telur
200ml susu fresh

1/4 sudu kecil lada hitam
1/4 sudu kecil lada sulah

8 kpg slice cheese
cheddar cheese ~ diparut


Cara:
Utk membuat inti
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih hingga bawang layu dan masukkan rempah kari yang dibancuh air. Goreng hingga naik minyak dan masukkan air.
Masukkan daging/ayam kisar dan goreng sambil tekan supaya daging/ayam tidak berketul.
Masukkan kepingan cendawan butang yang diracik+mix vegetable atau kentang.


Rasakan garam dan gula secukup rasa (jgn terlalu banyak garam sebab cheese yang akan diletakkan dalam roti nanti dah masin.... cukup sekadar rasa biasa sahaja)
Goreng hingga kering dan padamkan api.

Buangkan lebihan minyak dlm inti dan biarkan inti sejuk.


Utk membuat Roti Lapis Daging Berkeju:
Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dengan butter (kalau korang guna loyang biasa macam aku nih, alaskan loyang dgn aluminium foil dan lebihkan sedikit bahagian tepi untuk mudah nak keluarkan masa nak makan. Jangan lupa sapu keseluruhan loyang dan aluminium foil dengan butter.
Bancuh telur dan susu fresh bersama lada hitam dan lada sulah dalam sebuah mangkuk hingga sebati.
Celup sekeping roti ke dalam bancuhan telur susu tadi dan susun didalam loyang. Buat sehingga memenuhi ruang dalam loyang.
Tuangkan 1/2 dari inti daging tadi dan ratakan.
Susun slice cheese ke atasnya.
Ulang sekali lagi proses dari awal tadi dan tutup dengan 1 lagi lapisan roti yang dicelup kedalam bancuhan telur susu (sekiranya ada lebihan bancuhan susu boleh dicurahkan keatas roti atau dicelah2nya supaya tidak membazir.
Kemudian tabur dgn parutan cheddar cheese.
Bakar dalam oven yg dah dipanaskan pada suhu 180C lebih kurang 35 - 40 min (sehingga masak).
Keluarkan dari oven dan biarkan seketika.
Potong dan hidangkan.  Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan sos cili.


Senangkan..... ^_^
Gaya aku memasak tengahari semalam lepas ambil anak sekolah time waktu rehat

Selasa, 28 Ogos 2012

Al Kisah Raya 2012....

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 2:49 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Salam semua....

Pertama sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Raya serta Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blog aku nih.... Dah masuk raya ke 10 baru aku berkesempatan untuk update kisah raya  kat sini.  Huhuhu... maaf ye kengkawan.... raya-raya ni... mood aku dah pikir nak berjalan dan beraya jer ataupun yang paling best tido kalau takder plan nak kemana-mana... hihihih ^_^
Apa sangat yang aku nak cerita pasal raya ni ekkk.... hmmmm.... sebenarnya... banyak kisah duka dari suka untuk raya tahun ni.   Pertama skali sebab tahun ni aku tak dapat nak mencari rezeki lebih untuk berniaga lemang... banyak betul yang aku kena cut cost laa... huhuhu... sabo jer la kan... yang penting anak-anak dapat beraya seperti biasa.  Secondly, kali ni raya sister aku Angah and family balik Sabah... so korum family kitorang tak cukup.... So tak dapat la aku nak buli anak buah aku yang bolatt tu si Sarah... boring!!! Rindu giler dengan budak kenit tu.  Dan paling menyayat hati bila ada dalam keluarga aku mengasing diri.... tak payah la nak cerita saper.... sedih wooo.... hanya mama and abah jer faham kenapa aku tak berapa nak tido kat rumah family aku tu.  Apa pun aku tetap jenguk orang tua aku..... Sedih memang la sedih... raya-raya ni macam rasa tak berkeluarga.... tapi aku tetap tabahkan hati.... 
Raya 2012 without Angah... tengok abah aku tu... hensem bersamping  bagai tahun ni....
Family aku tahun ni beraya dengan warna kelabu
Rindu budak tenit ni... muachhh!!!
Oklah... tak mau sedih-sedih... aku dah puas menangis raya aritu... so nak cerita yang happy-happy jer.... Apa yang membuat aku happy ekk..??? Hmmmm.... Haa.... aku happy bila aku berjaya memaksa abah aku memakai samping dan baju melayu lengkap untuk pertama kalinya kami sekeluarga tengok untuk raya tahun ni... Hahahha.... tak sia-sia aku belikan abah dan mama baju raya... nampak sedondon gitu walaupun aku tak la mampu beli baju yang mahal-mahal untuk abah dan mama... tapi sekurang-kurangnya... aku nak mama dan abah nampak cun dan ensem... heheheh... Yang penting... siapa pun yang terserempak abah aku pagi raya tu kat rumah nenek aku sumer kata abah ada perubahan dan yang paling best bila diorang kata abah aku ensem... macam hero tamil pakai baju melayu.. hahahahha!!!  Tahun ni jugak... untuk pertama kalinya.... sejak aku dah besor panjang ni dan sejak aku dah kawen.... tahun ini merupakan tahun pertama kitorang satu family termasuk abah and hubby aku dapat ang pau raya dari mama!!! Almaklumlaaa... mama dapat bonus!!  Yeay!!!  Rugilah Angah sebab balik Sabah... kitorang kat sini sumer dapat duit raya dari Mama.  Rugi.. rugi....
Mama salam raya dengan abah sambil bagi ang pau... senyum sampai ke telinga abah tu... heheheheh
Aku juga bersyukur kerana raya tahun ni ada keluarga aku yang dulunya membawa diri kerana perbalahan kecil dah berbaik semula dengan seluruh keluarga.  Syukur alhamdulillah.... akhirnya doa-doa keluarga Haji Sahri termakbul jua untuk menyatukan keluarga yang terasing walaupun ada yang tak berapa suka... Whatever laaa....
Tahun ni dalam sejarah, hubby aku nak temankan aku beraya di Segamat untuk beraya dan gathering bersama kawan-kawan lama aku semasa di Sekolah Menengah Cannossian Convent Segamat, Johor.  Aduhhh... happy giler walaupun ada yang tak cukup korum kerana terpaksa balik ke rumah mertua dan kembali bertugas... hihihih.... Yang penting... rindu aku terubatlah juga dengan kengkawan aku ni.  Ada yang since tahun 1994 aku tak jumpa langsung kerana masing-masing bertukar sekolah macam aku ni yang dapat tawaran ke Sekolah Menengah Vokasional Port Dickson.  Bila dah berjumpa dengan diorang ni... terburai le kahau masing-masing macam di zaman sekolah time nakal-nakal dulu.  Hubby aku pun naik pening tengok gelagat kitorang... hahahahha!!!  Hopefully... tahun depan aku dapat beraya dengan diorang lagi dan kali ini nak pastikan korum kami cukup dan ada kengkawan lain yang nak joint juga.... bikin havoc 1 kalilah!!!
Then.... syukur juga... tahun ni aku berkesempatan beraya ke rumah sepupu-sepupu aku yang tak pernah aku jejak and yang paling best tu bila dapat beraya beramai-ramai dan segerombolan... Seronok giler but in the end... sampai jer rumah.... aku sefamily dah macam kena hukum tembak... lepak!!!  Dapat hadiah  migrain lagi.... perrgghhh!!!
So... kalau nak cerita bab raya ni... memang tak habis la jawabnya... apa pun.... suka duka hari raya... biarlah aku telan jer....  Anyway... aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga dengan husband sepupu hubby aku si Rashid dan Mazura kerana menghadiahkan aku replika rumah limas.... replika ni bukan dibeli tau... tapi dibuat sendiri oleh Rashid.  Santekkk!!! Bila dapat kat aku.... sampai jer Cyberjaya... terus aku ke kedai stationary untuk beli peralatan untuk buat replika rumah.  Kunun nak cantikkan lagi la suasana rumah tu.... Habis la aku cabut dan pasang semula....Heheheh... aku suke sangat!!! Korang tengoklah sendiri hasil kerja tangan si Rashid tu dan hasil hiasan luaran aku dan hubby... Hehehehe...!!
Rumah Limas hasil tangan Rashid.. hiasan luaran aku dan hubby... ^_^

Oklah.... take care semua....

Jumaat, 10 Ogos 2012

Iklan Raya Bernas Yang Touching Giler!!!

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 3:48 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Baru tadi aku tengok iklan ni.. mula-mula tengok takder la terasa sangat sebab tak berapa fokus.... tapi bila dah 3 kali tengok jadi touching pulak... huhuhu..... Cian diorang....

Khamis, 9 Ogos 2012

Aduan Mengenai Susu SAJI

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:21 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Cerita pasal susu SAJI aku tu (boleh klik kat sini) tadi... aku baru sahaja membuat aduan kepada Felda sendiri dan juga kepada pihak Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional.  So kita tengoklah apa yang terjadi dan maklum balas yang kita terima tu nanti.  

Susu SAJI Berkulat!!

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 3:56 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post

Salam semua....

Ok-ok... today aku bukan nak propra or nak bikin sabotaj ke apa... tapi nak bagitau kat kengkawan sumer supaya kita sebagai pengguna lebih beringat dan berhati-hati dalam menggunakan sesuatu.  Anyway today punya ceritanya sebenarnya cenggini.  Ini kes sahur pagi tadi kengkununnya nak buat air nescafe....  Di rumah.. aku suka menggunakan susu SAJI keluaran Felda.  So bila aku check di peti ais, susu spare lebihan pakai dah abis... so aku bukalah susu SAJI baru guna pembuka tin yang buka penutup di tepi tin tu.. dah kebiasaan menjadi habbit aku kalau buka susu memang akan buka kesemua permukaan atas tin susu tu  begitu.  Bila buka jer terus ternampak ini... Muka blur jap… “boleh ke tidak pakai ni…??”  terdetik di dalam hati.  Dengan perasaan was-was dan juga keinginan nak minum nescafe tu, aku buka tin susu lain pula… takut susu yang lain pun jadi gini lagi.  Bila dah buka.. Alhamdulillah niat aku tercapai ketika nak bersahur. 

Selesai bersahur.. husband pergi ke dapur nak cuci tangan… terus ternampak tin susu ni… “Apa ni emmy?”  Aku jawab tak tau.  Terdetik dihati nak ambil gambar.  Persoalan dalam diri… “biasa orang buat aduan ke kes camni ek??  Kena ambil gambar lakan??”  Terus aku capai Galaxy Note aku dan ambil gambar… So inilah hasilnya….  Balik tengahari ambil anak dari sekolah ke rumah aku baru teringat nak ambil gambar expired date susu tu  bila.  So aku pun ke dapur terus ambil gambar.  Selesai dah tugas aku… Ramai yang nasihatkan aku  buat aduan… hmmm… sedang memikir lagi ni.  Susu yang rosak tadi ni aku biar jer kat dapur hingga sekarang.  Sekurang2nye aku ada bukti…

You alls just bayangkanlah.... dah menjadi habit di kalangan kita.. kalau buka susu suka sangat buka kat tepi skit kanan kiri... pastu terus masuk dalam air yang nak dibancuh.... ntah apa yang ada kat dalam tu kita pun tak tau... tapi nasib baik habit aku sejak remaja suka buka susu penuh penutup gitu sebab senang nak kaut susu pakai sudu... cepat skit kerjanya.... in this case... sekurang2nya aku tau apa yg ada pada susu tu mcm ni... so scary lor...

Kemungkinan aku akan buat aduan…  bukan nak kaut untung ke…. Tapi nak syarikat itu bertindak dan ambil peringatan.   Kesihatan pengguna kena jaga… kalau la aku buat perangai aritu aku buka tin kanan kiri dan terus buat air.. mau tak haru kami anak beranak kena cirit birit time bulan puasa ni.   Adehhh!!! Tak sanggup!!

So… kengkawan sumer….. berhati-hati yer!!!


Resipi Soto Nasi

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 11:26 PG
Reactions: 
4 comments Links to this post
Jom try buat soto pula harini.... 


Nasi impit segera (Tak kisah apa jenama pun)   1 paket
-rebus bersama 1 ½ sudu kecil garam supaya nasi impit tidak merasa tawar selama 40 minit

Sup soto
Ayam bahagian dada sahaja - 3-4 dada (jangan potong kecil-kecil.. biarkan begitu sahaja)
Kaki, leher dan tulang ayam - potong kecil-kecil ikut selera masing-masing dan sebanyak mana korang suke                   
Kentang - 1-2 biji (dipotong kecil)
Air - 1 liter (ikut banyak mana nak masak)
Bawang Merah - 7 biji (bawang kecil) / 1 biji (bawang besar) (ditumbuk atau diblender)
Bawang putih - 4 ulas (ditumbuk atau diblender)
Kayu Manis - 3 batang
Buah pelage - 6 biji
Bunga Lawang - 4 biji
Rempah Sup - 5 sudu besar
Garam - 4 sudu kecil atau secukup rasa (tang ni slalu aku main agak-agak jer)
Gula - 1 sudu kecil
Pes Ayam - 1 sudu kecil (guna bahan perasa pun boleh tp ½ sudu kecil jer)
Daun sup - 3-4 batang (dimayang halus)
Taugeh - Segenggam kecil

Cara-cara
Tumiskan kayu manis, bunga lawang dan buah pelage dalam seminit kemudian masukkan bawang  merah dan bawang putih
Tumiskan sehingga kekuningan dan masukkan rempah sup, gaul sekejap dan masukkan air dan kacau
Masukkan garam, gula dan pes ayam.  Rasakan jauh garam.
Masukkan ayam dada dan leher+kaki ayam bersama kentang yang dipotong kecil
Rebus ayam dan kentang sehingga empuk
Keluarkan ayam dada sahaja ke bekas lain
Masukkan daun sup dan taugeh… siap dihidang bersama bahan soto!!

Bahan-bahan hidangan soto
So’on segenggam (digoreng kering dalam minyak panas macam goreng keropok tu…)
Ayam dada yang direbus tadi digoreng sekejap dan diracikkan menjadi kecil-kecilan
Daun sup 3-4 batang (dimayang halus)
Bawang Goreng
Taugeh (ikut suka masing-masing) dibasuh dan siram ngan air panas sahaja

Selamat memasak dan mencuba sumer....!! ^_^

Sambal Cili Kicap

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 11:10 PG
Reactions: 
0 comments Links to this post

Bulan puasa ni... macam-macam resepi dan idea yang menerjah kat kepala otak ni.  Kalau boleh sumer nak cuba.. kalau tak time bulan puasa tak loghat pulak nak masak.  

Satu-satunya makanan yang membuka selera aku tak kira la apa pun juadahnya yang kena ialah Sambal Cili Kicap.  So today.. aku nak share la cara nak membuatnya.... 
Gambar ihsan dari Google
Sambal Cili kicap
3 ulas bawang putih (jangan ditumbuk atau diblender.. biarkan seulas-seulas)
Cili api segenggam dibuang tangkai
Kicap manis (ikut banyak mana kita nak…. Kalau pekat sedikit jer letak… kalau cair letak banyak skit
Garam 1 sudu kecil (setengah sudu pun ok juga)
Bahan perasa
Cuka 1 sudu besar

Cara-cara
  1. Goreng bawang putih dan cilia api dalam minyak panas dan tutup kuali supaya minyak tidak meletop
  2. Agak-agak dalam 3-5 minit, angkat bawang putih dan cili api  yang telah digoreng dan toskan minyaknya
  3. Masukkan bawang putih dan cili api  tadi kedalam blender bersama kicap manis, garam, bahan perasa dan cuka.  Blender hingga cili menjadi halus dan siap!!  

*Kicap ni kalau banyak boleh diletakkan di dalam botol dan disimpan dalam freezer.  Bila nak, boleh dihidangkan bukan sahaja dengan soto dan aneka sup.. boleh dihidang dengan bermacam hidangan dan lebih sedap kalau diperahkan bersama limau nipis…. Mesti terangkat lah!!!

Tak caya cubalah!!

p/s: tulis resepi ni pon aku boleh nak ngences (meleleh air liur). Perghhhh!!!

Rabu, 8 Ogos 2012

Resepi Bergedil Daging

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:33 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua….. Kali ini aku nak share resepi bergedel daging cara mudah dan sedap. Resepi ini menggunakan bahan-gahan yang mudah didapati dan yang penting senang giler nak membuatnya.  So far aku dah buat ikut cara aku nih… adik beradik, sedara mara dan kengkawan yang rasa sumer kata sedap dan power. Hihihih… perasan sendiri…. Berdegel daging ini boleh dimakan begitu sahaja dengan sos cili atau boleh dimakan bersama soto, mee/bihun/kuey teow sup, nasi ambeng dan sebagainya mengikut kesukaan masing-masing. Biasanya kalau kita beli satu biji bergedel daging ini harganya dalam 50 sen- RM1. Nak buat berdegel ini senang je so kalau buat sendiri boleh kita makan banyak-banyak dan ikut dan kita jer nak makan bila…. ^_^
Bergedil Daging
Gambar ihsan dari Google
Daging
1 kg daging kisar (boleh guna gading Ramli 1 paket)

Bawang merah – bawang besar size sederhana 1 ulas / bawang kecil 3 ulas (ditumbuk/dikisar kering)
2 sudu besar rempah sup/kurma (tak kisah apa brand pun)
1 sudu kecil garam (ikut citarasa masing-masing)
Secubit bahan perasa / ½ sudu kecil pes ayam (aku lebih suka guna pes ayam)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih

½ cawan air
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-cara
  1. Tumiskan bawang hingga kekuningan dan kemudian masukkan rempah sup/kurma dan masukkan air. 
  2. Masukkan garam, bahan perasa/pes ayam,  lada hitam dan lada putih dan gaulkan.  Kemudian masukkan daging kisar  dan gaul hingga rata hingga daging masak dan menjadi ketulan halus dan kering. 
  3. Toskan daging untuk buang minyak dan bahagi 2 bahagian supaya boleh masak dilain hari.
Kentang & adunan bergedel

1 kg kentang (dipotong halus dan digoreng)
2 biji telur (diasingkan kuning telur dan putih telur dan di pukul)
½ cawan bawang goreng
4 tangkai daun sup (dimayang halus)
2 tangkai daun bawang (dimayang halus)
½ / 1 sudu kecil lada sulah
½ sudu kecil garam (ikut citarasa masing-masing)
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara-cara
  1. Tumbukkan kentang yang digoreng tadi hingga lembut.
  2. Masukkan daging yang telah ditumis tadi setengah bahagian, bawang goreng, daun sup, daun bawang, lada sulah, garam, serbuk lada hitam, kuning telur sahaja dan gaulkan semua bahan.
  3. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
  4. Celupkan adunan ke dalam putih telur yang telah dipukul.
  5. Gorengkan adunan bergedel yang telah dicelup dengan putih telur tadi ke dalam minyak panas.
  6. Goreng sehingga garing kekuningan dan angkat serta toskan minyak.
  7. Sedia untuk dihidangkan bersama soto, mee/bihun/kuey teow sup, bubur nasi dan makanan lain yang disukai atau makan begitu sahaja dengan sos cili.
*kalau adunan ni banyak sangat untuk dimasak bagi sekali makan… boleh simpan adunan yang telah dibulatkan tu ke dalam freezer.  Bila hendak makan… keluarkan dari freezer just celurkan dengan putih telur dan goreng bila hendak makan.
**setengah bahagian daging yang ditumis tu boleh disimpan dalam freezer untuk dibuat bergedil dimasa akan datang

Tips buat bergedil
  1. 1 kg daging kisar adalah untuk 2 kg kentang.  Kalau akulah… aku akan buat ikut nisbah ini dan doublekan bahan untuk bab bergedil kentang tu tapi telur kuning 3 biji pun ok dah… tang daging tak payah adjust dah.. just ikut resepi aku.  Then adunan tu just goreng yang untuk dimakan sahaja dan selebihnya disimpan di dalam freezer begitu jer adunan tu or bulat-bulatkan dan simpan di dalam bekas dan dimasukkan ke dalam frezer, then bila nak makan just keluarkan dari freezer dan celurkan dengan putih telur dan goreng.
  2. Tujuan daging di tumis dahulu supaya daging confirm masak dalam bergedil dan rasa pun lebih sedap bila ditumis.
  3. Tujuan guna kuning telur dalam adunan kentang tu supaya semasa menggoreng, bergedil tu akan kental dan mampan serta tidak mudah berderai.
  4. Mencelup dan menggoreng menggunakan putih telur sahaja akan membuatkan bergedil lebih kemas dan tidak banyak buih-buih telur pada bergedil.  Minyak pun tak meletup-letup sangat semasa menggoreng.
Selamat mencuba resepi ringkas dan senang untuk dimasak iaitu Resepi Bergedel Daging ^_^

Menu yang aku sediakan bersama bergedil baru-baru ini.


Char Kuey Teow Paste dan Cara Masak Char Kuey Teow

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 10:50 PG
Reactions: 
25 comments Links to this post

Ok guys... today aku nak share resepi Char Kuey Teow ala-ala Penang tu... semalam aku baru jer buat sos dia dan simpan untuk next punya makan.  Resepi ni setelah aku cuba memang sedap.  Resepi asal adalah dari che'iza @ myresepi dan resepi ubah suai dari resepidaria.  Seterusnya... aku adjust sana sini skit.  Hahahha...

Jom kita try yok...

Bahan Char Kuey Teow Paste

  • 400 gm udang (pisahkan kulit udang dan isi udang. lebih skit udang pun takper.  rasa akan lebih  masis)
  • 500ml air
  • 8 ulas bawang putih di ketuk (disebabkan aku malas... aku  blender dgn air yang skit)
  • 12 sb sos tiram
  • 6 sk kicap pekat
  • 6 sb kicap manis
  • 2 sk petis
  • 4 sb pati ikan bilis / pati udang (aku gunakan pati ikan bilis jer sebab pati udang payah sangat nak jumpa)
  • 2 sk garam (sos tiram dah masin so agak-agaklah.  Tambah setengah sudu kecil lagi pun takper kalau nak)
  • 2 sk gula

UNTUK BUAT PASTE

  1. Didihkan air dan masukkan isi udang. Bila isi udang hampir masak, angkat isi udang dan masukkan kulit udang biar ia terus mereneh dengan api perlahan. Tapis dan ambil air udang sahaja, kulit udang dibuang.
  2. Campurkan semua bahan utk paste  seperti diatas dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
Inilah hasilnya paste yang aku buat... selebihnya aku dah masak semalam... hihihih

CHAR KUEY TEOW BASAH (1 orang makan)
Char kuey teow basah aku yang dah tak basah.. heheheh
  1. Goreng udang dahulu. (Untuk pertama kali masak guna udang yang dibuang kulit tadi pun ok)
  2. Tumis bawang putih dan lada boh/cili blender 1sb hingga garing. Masukkan dalam 2sb paste tadi. Masukkan kerang.  Biasanya Penang Char Kuey Teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  3. Setelah air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh, tauhu dan ketepikan dulu.  Then  pecahkan telur kemudian kacau rata dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sahaja dan jangan lama sangat kacaunye.  Takut nanti kuey teow kembang jadi tak syok pula nak makan.  Pastikan api kuat semasa memasak. 
  4. Siap untuk dihidangkan!!
* Kalau masak untuk 1 paket kuey teow yang boleh makan 5 orang tu... just adjust bawang putih dan cili boh lebih skit dan paste jadi 5-7sb sahaja serta tambah air.  Tapi nak lagi sedap... elok masak untuk 2 orang punya makan tiap kali nak makan.  Jadi confident skit nak masak dan terpelihara sedapnya!!  Hehehe!!

CHAR KUEY TEOW KERING (1 orang makan)

  1. Goreng udang dahulu dan ketepikan dahulu.
  2. Tumis bawang putih dan lada boh/cili blender 1sb hingga garing.. Masukkan kuey teow dan kacau rata.
  3. Masukkan dalam 2sb paste tadi, kacau rata dan kering kemudian ketepikan dulu.
  4. Pecahkan telur dan gorengkan telur serta kacau hingga kering dan kemudian kacau bersama kuey teow yang diketepikan hingga rata.
  5. Masukkan udang yang digoreng tadi, kerang, kucai, taugeh, tauhu, lada sulah kemudian kacau hingga sebati dan siap untuk dihidangkan!!

* Kalau masak untuk 1 paket kuey teow yang boleh makan 5 orang tu... just adjust bawang putih dan cili boh lebih skit dan paste jadi 5-7sb sahaja. Itu jer

Paste yang aku  buat tu... boleh juga digunakan untuk memasak mee dan bihun.  Mesti sedap.  Tak caya cuba laaa.

** Paste ni selalu orang guna untuk meniaga so udang yang direbus memang diorang pakai. Tapi untuk kegunaan sendiri, kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tapi kena tambah petis 1sb atau lebih skit pun ok. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lagi garam dan gula masa masak buat kuey teow tapi kalau rasa cam tawar leh adjust rasanya ikut citarasa masing.  

Selamat mencuba!!!

p/s:  Kalau korang rasa remeh sangat nak buat paste dia... bolehlah cuba sos char kuey teow yang sepupu aku punya produk ni SYAH FLAVOR.  Ramai kata sedap.  Bleh contact wife dia Yuslinda Yusuf (klik sini)  di facebook kalau nak.. ok!! ^_^
Gambo lelaki kat depan botol sos tu... sepupu aku... si Shaharini
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...