Khamis, 5 April 2012

Potong Kek!!

Posted by Emmymazli at 3:54 PTG
Besday aku yang lepas ni takder apa la yang istimewa sangat.  Cuma hubby aku meraikan aku dengan membelikan 2 biji kek untuk aku potong di rumah mama dan di rumah mertua aku.  Sebenarnya... ni merupakan pertama kali hubby belikan kek untuk birthday aku itu pun sebab aku dah hint dia... apatah lagi nak buat makan-makan or majlis harijadi.  Selalunya yang tukang beli kek tu aku laa... tak kira la birthday suami, anak-anak, mama & abah, mertua or adik-adik dan kadang tu termasuklah wedding anniversary aku & hubby sendiri.  Even celebrate birthday bermajlis pun tak pernah dengan family aku.... almaklumlaa.. anak yang tua selalu gitu.... tapi aku redho jer laa.  Cuma 2 tahun lepas laa ada adik-adik dan sepupu aku buatkan suprised party untuk aku kebetulan masa tu ada kenduri di kampung.  Masa tu terharu giler walaupun hubby outstation masa tu.... yer lee.. sejak aku sekolah rendah sampai la umur dah tua bangka ni tak pernah potong kek... tetiba ada la orang ingat... mau tak terharu giler....

Hmm.. tetiba terbuka cerita sedih pulakan... tapi itu la hakikatnya... apa pun hidup perlu diteruskan dan aku seperti  biasa ceria dalam terpaksa.  *_*

Oklaaa.... Layan jer la gambo ni ekkk!!


Masa potong kek di rumah mama dan abah


Masa potong kek di rumah mertua.

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...