Isnin, 30 April 2012

Kejohanan Bola Tampar MAKSWIP 2012

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 3:18 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
28-29 April 2012
Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya

Salam semua....
NRE Volleyball Team
Dari Kiri:  Ann, Wan Haizar, Sarida, Nurcaya, Safidah, Aku
Yang belakang baju  biru tu... Pengurus kami Nazrul Syahid
Ok... alkisahnya.... kitorang join game Bola Tampar Makswip ni.... Semangat giler buat latihan bagai before tu.   Siap buat promosi minta warga NRE memberi sokongan masa hari pertandingan... hahhaha..... tapi takder maknenye diorang datang pada  hari minggu la kan....
Promosi... hahhaha
Game pada haritu kitorang lawan bersama 2 team lain... Kalau tak silap aku la.... lawan dengan team Audit dan Imigresen.  Tapi takder rezeki haritu nak menang ke 2-2 game tu.  But syukur.... kami kalah dengan mata yang tak jauh.    Walaupun kalah orang kata masih berentap la... takder la mengalah sebelum berlawan.  Huhuhu.... Bermakna team kami just dapat berlawan di pusingan pertama sahaja.  Takper laakan.... nak buat camner kan.... Takder rezeki... kita cuba lagi tahun depan... Yang penting... jadikan game ni sebagai satu pengalaman buat kita.... jangan ada yang serik sudahla yer... Just enjoy the game sudah... eheheh
Anyway... terima kasih kepada semua kengkawan yang dapat join game volleyball makswip kali ni...Ngam ngam jer sebenarnya team aku ni tapi kami ada seorang rakan dari JPSM sudi join team aku untuk  perlawanan ni di saat akhir.  Mana la tau kan.... kot ada yang injured or ada yang tak tahan masa tu at least dia boleh membantu.  Terima kasih yer.... korang memang terbaik!!!  
Oklah.... takder apa nak diceritakan sangat.... lagi pon dah kalah kan... hehehhe....chau dulu yer....



An Evening With Anuar Zain 2012

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 11:21 PG
Reactions: 
0 comments Links to this post
28 April 2012 - MITC, Melaka

Salam semua..... Today punya storey yang aku nak kaborkan ialah pasal kehappyan aku mendapat invitation sekali lagi pada tahun ini untuk menonton Anuar Zain punya event. Yeay!!!! Terima kasih banyak-banyak pada sahabat aku Tanty dari Permaisuri Resort Port Dickson yang invite aku. Actually  event ini untuk meraikan setiausaha dan juga peminat-peminat Anuar Zain.... Kalau nak tunggu boss den ni ha nak belanja.... Takderla.... Huwaaaa!!!!! 
Di hadapan pentas bergambar
Me with Tanty yang beri peluang hadir  event ni
Alhamdulillah tahun ni aku dapat 4 tiket berbanding tahun lepas yang aku just dapat 2 tiket. So memandangkan aku dapat 4 tiket... maka Tanty juga udah berpesan supaya memberikan tiket ini kepada potential secretary.... so aku pun mengajak la adik aku Syila dari UTEM yang dari tahun lepas nak tengok Anuar Zain ni.  Dan kebetulan pula.... aku ingatkan nak ajak mama aku... tapi mama pula kasi tiket tu pada sepupu a.k.a. adik aku si Ecah yang juga secretary di Perbadanan Air Melaka yang juga peminat Anuar Zain.  So semuanya secretary yang aku bawalah yer.... kecuali hubby aku yang bukan secretary... heheheh...
Secretary-secretary yang bergambar dengan Tanty
Hubby aku yg  bukan secretary... heheheh
Beria aku nak melaram skit tahun ni coz of  Anuar Zain punya pasal.... sanggup hari Jumaat tengahari a day before event tu aku sempat lari ke GM Klang nak cari nite gown untuk malam tu.  Mak beli yang murah-murah jer tapi nampak mahal ok...  Sepatutnya masa hari event tu aku tak boleh  nak ke mana-mana sebab pagi Sabtu tu aku ada Kejohanan Bola Tampar MAKSWIP.  Kalaulah ditakdirkan team aku berjaya ke quarter final.. mau naya aku tak bleh pergi event Anuar Zain ni... tapi memang ditakdirkan juga agaknya kitorang kalah walaupun kami dah buat sehabis baik dan ditakdirkan juga memang aku nak tengok Anuar Zain ni... maka sampai juga aku di bumi Melaka.  Make up artis mak pada malam tu sebenarnya adik aku si Angah... Hehehhe... cantik Angah make up... hihihi.. siap promote tu.... walaupun sebenarnya muka aku sun burn teruk dek main volleyball pagi tu... tapi Angah make up memang gojesss!!!  Thanks Angah!!!
Angah make up...  cantikkan....
Seronok memang seronok bila dapat tengok Anuar Zain sekali lagi dan dengan dia memang tak menjemukan... tapi kalau  nak dibandingkan event tahun lepas dengan tahun ni.... pada aku event tahun lepas lagi best la.... Firstly.... aku perhatikan Anuar Zain tak banyak turun ke meja untuk bersama-sama dengan peminat.  Khabornya ada peminat or  pembeli tiket yang mahal-mahal tu tahun lepas tak puas hati sebab tak dapat dan tak puas bergambar dengan Anuar Zain secara dekat... orang yang bayar tiket murah pula yang dapat... katanya laaa.... so kiranya tahun ni Anuar Zain lebih eksklusif laa... mencik tau.... Secondly.... aku perhatikan... hadiah cabutan  bertuah juga kurang tahun ni berbanding tahun lepas... ada berapa jer... orang yang datang beribu.... kecewa mak tau... Thirdly... kedudukan table aku ke belakang skit dari pentas, tak macam tahun lepas yang kat depan tapi aku syukur jugalah... cuma.... aku rasa bila dah terlampau ramai macam tak syok pula... hadoiiii!!! And lastly... makan style buffet dan kena beratur dengan orang yang ramai giler tu...tapi aku still tak kisah... masalahnya bila makanan yang aku jamah sumer tak sedap terutamanya spagetti yang aku teringin sangat nak makan..... kalau tengok spagetti tu memang menyelerakan... tapi  bila makan... OMG!!! Macam spagetti basi.   Hmm.... what ever laa.... Tapi nasib baik bila event tu dicover oleh Nabil dan Shira.  Tak habis-habis buat orang tergelak dengan gelagat diorang.  Tapi sayangnya bila artis undangan yang merupakan Raja Lawak 6 iaitu Shiro tak berapa menjadi dalam membuat lawak diorang malam tu.... best lagi tahun lepas bila diorang undang Lan Pet Pet.  Bukan nak membandingkan... tapi nak menambah baikkan.... 
Nabil dan Shira yang gile-giler dalam mengacara tapi best!!!
With Nabil
Layan bergambo dengan Shira
Abg Nas Ahmad pun ada... aku tak lepas peluang bergambo dengan dia

Apapun.... aku syukur bila dapat joint event ni walaupun banyak kekurangannya event ni tahun ni.  Harap-harap pihak penaja iaitu tokey Permaisuri Resort akan lebih telus dan berjaya dalam mengadakan event macam ni di masa akan datang.... kalau korang bagi mandat lagi kat aku untuk promosi.. aku ok jer..  heheheheh....  Cer tayang skit gambo-gambo Anuar Zain yang sempat hubby aku captured ni...

Oklah... takmo citer banyak-banyak....babai dulu.... ^_^

Jumaat, 27 April 2012

Doakan Kami!!!

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 5:48 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Doakan yang terbaik untuk Pasukan Bola Tampar NRE yer....


Rabu, 25 April 2012

Seminar Aspirasi Setiausaha

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 11:54 PG
Reactions: 
3 comments Links to this post

22-24 April 2012 – Hotel Grand Season, Kuala Lumpur

Salam dan Hi semua!!!!

Today aku nak story kegembiraan aku selepas menghadiri Seminar Aspirasi Setiausaha anjuran Positive Event Solutions selama 3 hari.  Hmm.... tak sempat aku nak update apa-apa pasal event ni kat fb aku or blog masa seminar ni berlangsung sebab since last week pun aku dok sibuk macam-macam perkara.  Sehinggalah aku habis berkursus ni barulah berkesempatan nak update event ni... hehhehehe
Event kalini adalah atas usaha aku nak memenuhi keperluan berkursus 7 hari dalam setahun.   Huhuhu... kesian aku... kat department aku.... aku rasa aku jer la yang susah benau nak berkursus.  Ini pun entah macam mana aku terjumpa brosur pasal seminar ni dan aku redho jer hantar permohonan kat officer aku untuk mendapat kelulusan berkursus ni.  Alhamdulillah... lepas la pulak.  Syukur!!!

Bagusnye kursus under Positive Event Solutions ni... masuk-masuk jer hotel.... kami diberikan goodies yang agak menarik... Antaranya beg yang agak cantik, pencil box dan juga pen drive untuk setiap peserta... hadiah-hadiah simple juga diberikan kepada peserta yang volunteer dalam apa-apa acara.  Hmm... bak kata tak rugi la pergi kursus under diorang ni...
Goodies dari Positive Event
Apa jer yang aku nak story pasal seminar ni ekk???  Hmmm.... pada aku... everything pasal seminar ni semuanya best maut!!! Mana taknye.... semua trainer yang bagi talk kat seminar ni memang hebat-hebat belaka dan talk-talk diorang memang menusuk kalbu!!  Tak boring langsung kecuali bab talk dari Kevin Zahri.  Talk dia boring skit....  heheheh.... maybe sebab citer bab “Health Talk” kot tu yang aku cepat boring skit.   So far... sesi bersama Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad mengenai “ Kenali dan Serlahkan Potensi Diri”, Encik Rizal Hassan mengenai “Hebat Berkomunikasi Menggunakan NLP”, Puan Suraya Daud mengenai “10 Kesalahan Imej Diri Mencalar Kredibiliti Setiausaha” dan Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor mengenai “Memaksimakan Kreativiti Setiausaha” dan “8 Idea Perhebatkan Kerjaya Setiausaha” semuanya memang best giler dan aku dan peserta lain dok bantai tergelak jer masa sesi tu.  


Lupa nak story... seminar kali ni aku berkesempatan berjumpa dengan ex classmate aku dan buddy aku di politeknik si Shara dan juga Liza... at least ada juga geng...  kawan aku dari JUPEM pun ada juga tak lain tak bukan si Ida dan Rinie.  So far.... aku dapat juga berkenalan dengan ramai kawan-kawan lain kat seminar ni dan mostly diorang ni very friendly.
Dengan Encik Rizal Hassan
Dengan Puan Suraya Daud 
Dengan Kevin Zahri
Dengan Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor
Dengan ex classmate aku di Poly PD, Shara dan Liza
Menda paling best masa seminar ni ialah Acara Red Carpet bertemakan Malam Pesona Bintang.  Macam aku.... memang dah tau yang ada acara ni... kebetulan aku pula ada baju yang memang aku dah prepare untuk pakai time dinner... so takder masalah la.  Masa ni jer laa nak melaram dengan  baju mengerlip-ngelip dan make up over skit.   Heheheh... Aku siap upah mak andam dari Petronas KLCC si Baby untuk make upkan aku di bilik hotel.   So far hasil kerja dia tak menghampakan. 
Muka yang siap dimekapkan oleh Baby
Ok... citer pasal Dinner Malam Pesona Bintang ni....  malam tu bila masuk jer dewan... perghh... rasa macam artis jer siap ambil gambar dekat papan event macam dalam majalah fashion tu dan siap lalu di red carpet... hahahahha.... bergambo sakan la masing-masing dengan masing-masing berpakaian glamour-glamour.  Almaklumler.... setiausaha semua la katakan.... sakan laaa melaram.... Malam tu... kitorang dihiburkan dengan pengacara yang bengong Abang Bo.  Hehehhe... memang kelakar habis mamat ni.... sambil mengacara, melawak dan menyakat dia menyanyi lagu yang ntah apa-apa tapi oklah.  Paling best bila ada ada artis jemputan pada malam tu iaitu Black Mentor.  Black malam tu sporting habis dan 4 lagu-lagu yang dia nyanyikan semua memang lagu-lagu dia yang popular habis.    So semua peserta dinner yang ada memang layanlah lagu dia selain dia juga buat sedikit aktiviti untuk memenuhi majlis pada malam tu.  
Dengan mak andam aku... Baby
Bergaya di Red Carpet
Black Mentor
Possing dengan Black Mentor
Pengacara malam tu yang gile-gile - Abg Bo
Malam tu juga ada 50 hadiah cabutan bertuah yang best-best termasuk Ipad, Samsung Galaxy dan Notebook.  Tapi apakan daya....  aku tak bertuah malam tu.  Tapi bertuah kat celah lain pula.... Aku tersenarai di antara 8 orang finalis pakaian cantik bertema ala-ala beauty contest pada malam tu.  Walaupun tak menang sebab dah maklum dan sedar diri yang aku ni ala beauty pagent yang gemuk dan montel  tapi dapatlah juga hadiah saguhati untuk finalis.  Cantik jugaklah hadiah tu.  Syukur!!!!  Malam tu jugak aku “menyumbangkan” lagu “Samar Bayangan-Nicky Astria” untuk peserta dinner tu suke-suke.   Yang kelakarnyee.... nyanyi suke-suke jer pun tapi aku punye nervous macam masuk pertandingan karaoke plak.  Hahhaha... bongek jer.   Selain tu... ada surprise juga untuk perserta yang menyambut birthday pada bulan April ni.... Positive Event siap suprisekan birthday kek untuk diorang dan Black bagi hadiah birhday.... warghhh... seronok giler... Anyway.... event tu memang best laa....
Masa menyanyi lagu Samar Bayangan

Peserta yang celebrate birthday malam tu
Finalis untuk Malam Pesona Bintang
Aku kena menggayakan ala-ala model or beuty pagent berjalan.... Tak agak-agak!!
Hadiah yang aku dapat untuk Finalis Malam Pesona Bintang
Oklah.... kalau cerita pasal seronoknya seminar ni kang.... mau berjela entry aku... anyway aku rasa bersyukur kalini dan bertuah kerana boss bagi lepas untuk hadir kursus ni.  Selain sakan dengan Malam Pesona Bintang tu walaupun tak pernah diraikan sebagai setiausaha pada minggu setiausaha setiap tahun... paling penting kalini aku dapat menimba ilmu dari trainer-trainer yang mantap dan hebat.  Bukan senang nak dapat tu.  Thanks boss...

Oklah.... layan jer la gambo-gambo aku yer di FB (klik sini) aku ni yer..... Tataaa...

Jumaat, 20 April 2012

Danny Banknotes Blog Contest

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 3:03 PTG
Reactions: 
1 comments Links to this post
Hi.... kali ni aku nak try contest dari Danny pulak... hadiah dia adalah koleksi duit syiling baru... walaupun aku memang dah sedia ada koleksi duit baru tu tapi sebab koleksi tu still dalam sampul makanya duit tu nampak menarik ler pada mata aku.... Heheheh... Simple jer contest dia...  just buat seperti yang dia mintak...  Mana tau ni rezeki aku dapat... heheheh.... suke-suke jer okay...
Hadiah dari Danny
Okey... ini dia syarat contest dari Danny (Boleh buka link di SINI)

Terms & Condition:

1. Write a blog post with a title "Danny Banknotes Blog Contest" and give a link to this entry/post in your blog posts.
2. Your blog posts can be written in any language. (Bahasa Melayu, English, Chinese etc)
3. Tag at least 3 of your blogger friends in your post.
4. Comment in this entry with your written post url/permalink.
5. The contest will end 12am (Malaysia time), 22nd April 2012.
6. Anyone with a blog is most welcome to join. Only one entry per blog is allowed.

Quick, write your post and send your permalink through this comment section. Only one lucky winner will be pick as a winner on the 22nd April 2012.
Good luck to everyone!


So syarat yang seterusnya aku kena tag kat 3 orang blogger friends.... saper ekk aku nak tag....?? heheheh...  layankan jer laa... hihihi

1.  Mialiana

Okay... good luck pada yang nak cuba jugak... and good luck pada aku...  hikhikhik....

Gambor Muka Kawan Aku Masuk Dalam Paper Berita Harian

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 10:15 PG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Wahhh... tetiba glemer sekejap ex school mate dan juga kawan baik aku kat Convent Segamat ni harini.... siapa lagik kalau tak si Musliha Othman atau nama glemernye Cheah.  Heheheh... Muka dia setepek keluar kat dalam paper Berita Harian arini pasal "Datuk Shake Buat Peminat  Menangis".  Hehehhe.....  Aku tumpang gembira jer.... bila lagi nak glemerkan kawan aku nikan... Hari ini dalam sejarah tu... hehehhehehe... 

Khamis, 19 April 2012

Segmen: Follower Meningkat Trafik Bertingkat2 By Kina

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 12:29 PTG
Reactions: 
3 comments Links to this post

Hehheeh.... tiba-tiba mood rajin aku sampai pulak lately ni nak join segmen yang dianjurkan oleh adik Kina. Katanya inilah segmen pertama dan dia agak risau incase tiada siapa nak join. Aku join ni pun nak bagi support kat Kina sebab aku pun pendatang baru dalam dunia blog.... Blogger picisan la katakan... hehehhe
Alhamdulillah... once aku buka blog Kina... dah ramai yang join rupanya. Tarikh tutup segmen ini ialah pada 30 April 2012.



Aku just copy paste dari entri dari blog Kina lah yer...


Sebab kina anjurkan segmen ini
  1. Nak rasa pengalaman sebagai penganjur segmen. Selalunya asyik main segmen orang je
  2. Segmen ni sebenarnya kina buat khas untuk blogger2 baru.bloger lama pon boleh join..Anggap segmen yang kina buat ni sebagai platform untuk korang tambahkan follower k.
  3. Merapatkan ukhwah sesama sahabat blogger
  4. dan menaikan trafik sendiri..hehehe


Syarat2 (kita guna yang basic je)

  1. Follow blog kina yang hodoh ny.
  2. Letak banner segmen kt post korang..linkkan ke blog kina taw...
  3. Buat lah satu entry khas untuk segmen ni dengan title Segmen: "folower meningkat trafik bertingkat2"
  4. Jangan lupa komen kat ruangan komen and bagi link entry korang sekali
  5. link yang diterima adalah link full bukan link yang hanya seperti ini "http://kinarakinatara-beebeey.blogspot.com"
So.... apa lagi... jom kita kenal-kenal ngan adik Kina ni dan tingkatkan trafik kita...

Rabu, 18 April 2012

Lin Handmade Greetings Card - April 2012 Blog Giveaway

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 3:53 PTG
Reactions: 
2 comments Links to this post
Okey... ni ada lagi 1 giveaway  yang menarik dan kreatif.... suka betul aku menengoknya dan  nak join giveaway ni...  kalaulah dapat giveaway ni dari tuan punya blog tu si Cik Lin kita... mau berebut ngan anak aku si Hanum ni.  Dia amat suka menda-menda kraft gini.
Giveaway dari Cik Lin kita.... 
Kalau  korang rajin dan minat untuk buat kad or kraft dari kertas... bukalah blog sahabat kita ni untuk tengok  hasilnya.  Nak order pun boleh.  

Kepada kengkawan yang berminat nak joint GA dia pun boleh... klik kat sini ekkk http://azlina-lin.blogspot.com/2012/04/april-2012-blog-giveaway.html .  Manalah tau... rezeki korang pun ada... layan!!!

First Blog Giveaway: Guestbook By Sazalina Zakaria

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 12:01 PTG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Hai... salam semua

Today punya entry ni pasal percubaan aku nak masuk contest-contest yang ada giveaway ni... Tiba-tiba harini tergerak hati nak try masuk-masuk contest ni setelah sekian lama stop sebab tak pernah nak bernasib baik.  

Giveaway yang Cik Sazalina Zakaria kita beri ni menarik skit sebab hadiahnya tu merupakan kerja hasil tangan dia yang kreatif.  Mak tengok... terus jatuh cinta la.  Huhuhu.... Giveaway dia tu... berbentuk guestbook... memanglah sesuai untuk orang nak buat majlis kawen.  Aku nak buat majlis kawen mendanyakaannn.... hahahha... kalau dapat buat sebagai album or scrapbook husband and wife pun ok... Haa.... manalah tau ada rezeki menang... boleh juga aku gunakan untuk album sempena wedding anniversary aku dan hubby tahun ni.  Hmmm... Moga-moga ada la rezeki aku ni dapat giveaway ni.  Amin!!!!
Cantikkan giveaway dari Sazalina Zakaria
So... kepada kengkawan yang berminat untuk join pun boleh juga try.  Mana tau... !!!! ^_^
Try klik di sini.... http://shareyourlovewithcards.blogspot.com/2012/04/first-blog-giveaway-guestbook.html
Good luck semua.

Selasa, 17 April 2012

Eksiden & Iktibar Di Sebalik Eksiden!!!

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 9:36 PG
Reactions: 
0 comments Links to this post
Hmmm... apa yang aku boleh kata... tension kalau  nak pikir pasal kereta eksiden ni... Kalau kita tak langgar orang... orang langgar kita walau macam mana kita berhati-hati dan mengelak sekali pun.

Mula-mula aku ingat malas la nak tulis citer pasal aku eksiden ni kat blog ni... For sure orang yang baca dan memang kenal aku akan kata... "Ko ni Emmy... asik eksiden jer....".  Bab ni yang aku malas nak cakap nih.... macam la aku mintak eksiden tu kan....  Wat sakit otak jer....

Anyway aku nak story juga kat blog aku nih.... a day before cuti yang Majlis Pertabalan YDP Agong yang lepas padda 10.4.2012.... masa on the way nak ke tempat kerja dari Cyberjaya ke Putrajaya, pagi tu cuaca agak mendung dan baru lepas hujan renyai dan jalan memang agak basah.  So aku pun drive Exora aku slow jer la sebab kereta pun banyak yang keluar dari Highway MEX tu.  Tiba-tiba masa tengah drive kat selekoh jalan yang sebelum Jambatan Seri Saujana kat belakang tu.. tetiba jer ada kereta Matrix berhenti betul-betul kat selekoh..... Honestly kalau dari jarak yang agak jauh pun memang tak nampak kereta tu berhenti sebab kat selekoh tu ada pokok-pokok di tambah pula kedudukan kereta dia tiba termuncul kat selekoh tu.... aku sempat juga break tapi break pun kereta still loncos jer sebab jalan basah dan selekoh tu agak cerun skit.... so sempat la aku mengelak dari langgar kereta yg berhenti kat tengah jalan depan aku nih... tapi kereta Viva belakang aku pula yang langgar aku... dia kata dia sempat juga nak break juga tapi break pun still loncos jugak.... huhuhu... Adoi.... pening jap.... Dalam keadaan ni tak tau nak marah siapa.... kereta belakang aku ke or kereta yang berhenti tengah jalan kat selekoh depan aku ni.  Mula-mula aku ada juga sound kereta yang berhenti tengah jalan ni... tapi setelah dapat explanation dia... rupanya dia pun eksiden dengan kereta Perdana V6 kepunyaan Hakim Mahkamah Seksyen.  Kereta Perdana tu mengelak satu kereta Pesona Merah  yang u turn dekat selekoh tu... Apa punya bangang!!!  
Kereta yang aku sempat elak ni eksiden dan berhenti betul-betul di selekoh jalan
Viva yang langgar belakang aku...
So malas nak panjang cerita dan menambahkan sesak kat selekoh yang dah sedia jam ni.... aku dengan owner kereta Viva yang langgar belakang aku ni bernama Atul minta berbincang di Masjid Besi.  Setelah discuss... kami terus ke balai polis Putrajaya untuk membuat report.  But before masuk ke balai polis...  Atul tak nak buat report pula dan mahu terus ke bengkel untuk repair kereta.  Aku pun malas nak panjang cerita... terus cari bengkel servis Proton di Presint Diplomatik dan ingat nak terus repair la sebab tuan punya kereta pun dah setuju untuk bayar cost repair... tapi cari punya cari... pusat servis proton tak boleh nak buat.  Kena pergi ke bengkel yang panel untuk buat.  Setelah bincang dalam keadaan pening... Aku dan Atul balik ke Masjid Besi sebab Atul cakap yang kawan dia ada rekomen bengkel... boleh tanyakan laa.... Maka kami pun pergilah ikut kawan si Atul ni.... rupanya bengkel tu di Sungai Merab Luar... dekat jer pun dengan Presint Diplomatik tadi.... dah jadi satu kerja pergi balik.. pergi balik... huhuhuhu....  Tapi aku tak mahu la cakap banyak sebab si Atul ni pun fleksibel orangnya dan bertanggung jawab.. patut aku rasa syukur juga.....  Lagipun... kereta aku bukan teruk sangat pun... tapi masalahnya sebab kereta  baru.... takkan aku nak biar jer kotkan... aku mesti nak tengok kereta tu dalam keadaan asal.  Then, bila pomen dah tengok cost untuk repair kereta aku dan kereta si Atul ni.... Pomen cadangkan lebih baik claim insurans sebab rasa rugi pula kalau membayar untuk repair sedangkan insurans boleh cover. Jadi si pomen ni panggillah kawan dia yang merupakan orang tengah di antara bengkel dan insurans bernama Lan untuk arrange pasal repair and claim ni.  Lan cakap... alang-alang dah claim insurans ni... bumper, bonet baru semua boleh tukar baru untuk Exora aku  ni.... fine.  So, untuk claim insurans ni... mestilah  kena buat report jugakan.... what a wasting time.... kami terpaksa jugalah buat report polis tenghari tu.
Kecederaan kereta aku taklah seberapa
Lebih kurang pukul 2.30 jugalah settle semua perkara... then aku terus amik leave dan balik ke rumah... penat aku dibuatnya.... Petang tu.. Lan ambil kereta aku di rumah bersama semua dokumen kereta yang diperlukan.  So kereta kena masuk bengkel lebih kurang dalam 10 hari... huhuhu... leceh!!!

Tapi nak dijadikan cerita dan tauladan kepada semua.... hari Jumaat lepas... hubby aku tergerak hati nak jenguk kereta tu kat bengkel di Sungai Chua.  Dah la cari bengkel tu bukan main susah kata hubby aku.... Pusing punya pusing... barulah  jumpa bengkel tu... biasenya senang nak cari kalau kereta kita ada dalam bengkel tapi tak jumpa tu sebab kereta aku dalam oven untuk get ready di spray.  Yang buat hangin tu..... si Lan janji ngan aku dan hubby... sumer spare part nak tukar baru sebab dah alang-alang claim insurans... lagipun kereta  baru.... but in the end... kereta aku tu bengkel tu buat touch up jer ngan simen dan spray.... hampeh betul!!!... Dah la bengkel claim ngan insurans penuh.  Amat kurang ajar!!! Hubby aku pun naik toncet laa... cari Lan tu sampai dapat dan call sana sini... cari tokey  bengkel sumer.  Janji macam haprak!!! Menipu!!!  So.. hubby aku bagi 2 opsyen...  memandangkan kereta pun dah nak siap... First opsyen.. hubby aku nak tukar juga semua spare part baru seperti yang dijanjikan.  Pedulilah bengkel dah siap kerja ke apakan.... or Second opsyen.... teruskan kerja untuk siapkan kereta tu but bengkel bayar duit lebihan tu untuk tak mau panjang cerita sebab bengkel akan tetap claim full dengan pihak insurans.... Huh!! Memang dasar penipu!!  Kalau report kat pihak insurans ni.. mau bengkel ngan orang tengah kena ni... So, masa ambil kereta hari Ahad (15.4.2012) lepas.... tokey bengkel tak mau hubby aku bising-bising... dia bayar jugalah duit lebihan yang patutnya dia repair penuh dan kereta pun siap seperti sedia kala.  Walaupun bayar tak sepenuhnya.. sekurang-kurangnya ada la juga....Padan muka!!  Nak menipu tak hagak-hagak!!  Silap orang la dia tipu pun...

So kengkawan semua.... kalau andainya terjadi kes kemalangan gini... jangan ambil sambil lewa dan serah bulat-bulat kereta korang pada bengkel.... Jenguk kereta korang tu... apa dia buat... apa dia tukar.... kadang dia tukar barang murah tapi dia claim barang original... At last baru nak setahun buat ada jer tak kena ngan apa dia buat kat kereta kita tu.  Kadang tu... spare part kereta kita yang original pula dia ambil yang dia kata rosak tapi dia jual then ganti dengan spare part yang ntah apa-apa.  Ambil iktibar di atas apa yang berlaku pada aku.   So.... selamat berjaya.....


Isnin, 16 April 2012

Hanum & Kimie Jual Ais Krim Malaysia

Posted by Emmy Farhany Ahmad at 11:35 PG
Reactions: 
3 comments Links to this post
Nak tergelak sengsorang aku arini bila teringat keloghatan anak aku mula nak berniaga ais krim malaysia.   Hahaha... bukan apa... tetiba jer hari Ahad minggu lepas (8.4.2012), aku sefamily ke GM Klang nak cari barang skit... sedang jalan-jalan terjumpa kedai jual barang-barang plastik.  Aku pun mintalah laki aku beli plastik untuk dia jual air dan  bungkus.  Si Hanum pula loghat nak minta dia belikan plastik ais krim malaysia.  Aku pun layankan jer laa sebab bukan mahal pun... tak sampai RM2 pun.  Dalam kepala otak ni dok pikir.... ni mesti nak buat ais krim nak makan sendiri sampai tak ingat punya.... dalam hati pun terdetik geram pun ada sebab asyik nak makan menda-menda sejuk jer.

Pastu hari Rabu (12.4.2012) lepas... tetiba aku tengok dalam peti ais aku ada ais krim horlick dan milo.  Oklah lagi.... maybe dia teringin nak makan ais krim tu.  Tak terfikir lagi dia nak jual sebab kat area taman rumah aku tu bukan ramai sangat pun penghuninya.  Then masa aku baru balik dari kerja dan training volleyball hari Jumaat tu (13.4.2012)... sampai jer kat depan rumah aku rasa nak tergelak bagai nak rak.... tergelak tu bukan apa.... rupanya anak aku dah advertise jual ais krim dia kat depan pagar aku tapi ayat kat iklan dia tu bukan main skema.  Hahahah!!!!  Laku jugalah ais krim dia dek anak-anak jiran beli.  Kebetulan aku pula balik dari training volleyball tu nak minum nescafe.... si Hanum mintak buat lebih skit sebab nak buat ais krim katanya... haahaha.... layan jer laaa...  
Iklan ais krim malaysia si Hanum buat 
Hari Sabtu (14.4.2012) petang tu disebabkan aku tak kemana-mana.... aku tengok kat dapur ada pest sirap dan susu cair lebih ada kat rumah... aku tolong tambahkan stok ais krim dengan buat ais krim bandung dan sirap.  Tapi sementara nak menunggu ais krim ni keras.... semua ais krim milo, horlick ngan nescafe dah selamat habis dibeli.  Sampai dah takder apa la nak dijual bila budak-budak tanya.... Hmmm.... laku jugak laa.... alhamdulillah.....

1 perkara jer laa aku perasan pada anak-anak aku.... minat nak meniaga kat anak-anak aku ni ada tapi strategi jualan lom ada lagi.  Bukan apa.... nak jual ais krim malaysia tu satu 20 sen tapi buat air pakai horlick, nescafe dan milo..... pakai susu lagik!!!!  Sedap memanglah sedap... menda mahalkan... tapi boleh terlokop aub mama dia ni.  Rugi weii... kalau buat ais krim pakai pest takper lagi..... Huhuhuhu...

Kebetulan  malam Sabtu tu aku nak ke pasar borong untuk menambah stok burger  yang hubby aku jual secara order kepada pemancing-pemancing taman kat rumah aku tu..... sambil tu aku pun ke kedai runcit membeli stok-stok pest untuk ais krim anak aku tu... sampai jer rumah terus tak sabar si Hanum nak bancuh  malam tu jugak....  Tapi sebab mata pun dah ralip... sempat  buat ais krim laici dan oren jer laa....

Petang Ahad semalam aku tengok peti ais.... ais krim laici tinggal skit jer lagi dari berapa belas batang aku buat... itu tak termasuk ais krim oren, bandung ngan sirap... aku tak kira la berapa yang tinggal tapi yang penting anak-anak aku seronok nak kumpul duit....  Si Hanum yang beria sangat nak buat ais krim tu tapi si Kimie yang cari pelanggan.  Hahhahaha.... sabo jer laaa!!! Alaa... seronok-seronok jer.... Yang penting anak-anak aku ada minat.  Untung-untung tu memanglah untung...tapi modal aku pun lesap jugaklaa... sumer di Hanum ngan si Kimie kaut... hahahhahah... 
Stok ais krim yang tinggal petang Ahad semalam
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...