Jumaat, 8 Julai 2011

Sambutan Hari Gawai....

Posted by Emmymazli at 5:14 PTG
6 Julai 2011 - Dewan Baiduri

Dah lama takder aktiviti menari... dulu-dulu ada juga aktiviti kesenian... menari sana.. menari sini... sekarang dah susah.  Tapi entah apa cerita seminggu sebelum Majlis Sambutan Hari Gawai dan Kaamatan NRE yang julung kali  diadakan memerlukan khidmat kami pula untuk menari tarian Sabah atau Sarawak.  Mula-mula dipanggil ingatkan nak suruh menyanyi sebab most of us yang dipanggil tu geng koir.  Tetiba kena menari lak. 

For info, Majlis Sambutan Hari Gawai dan Kaamatan NRE ni diadakan sebab VIP-VIP kami orang Sabah dan Sarawak.  Dan dikalangan staff NRE sendiri ramai orang Sabah dan Sarawak.  Jadi majlis ini diadakan untuk merayakan mereka.  Barulah adil sebab setiap tahun kita merayakan perlbagai perayaan di ofis tetapi tanpa disedari orang yang bukan semenanjung tidak diraikan... so inilah peluangnya.

Buat pengetahuan korang, aku sempat datang training 3 kali jer sebab masa aku amat terhad memandangkan aku ni menjaga Ketua Pengarah.  Kena la pandai-pandai budget masa.  Tapi alhamdulillah... walaupun masa training aku singkat.. aku dikurniakan deria seni yang agak cepat juga.  Alhamdulillah......

Lupa lak nak story... tarian yang kami tarikan ialah tarian Sabah Sarawak tetapi lagu yang dipilih adalah lagu commercial yang tak diduga iaitu Sway by Pussycat Dolls.  Hahahhaha... bayangkan kami menari tarian sabah & sarawak guna lagu ni.... Adehhhh!!!!  Baju pun commercial jugak... bantai la pakai baju apa pun janji ada tema biru dan pink... hehehehehhe.. Kesian giler kami ni...!!

Semasa hari kejadian, aku tak menjangka pula aku akan berada di depan sebab kedudukan asal aku adalah di tepi belah kanan dan aku ni bukan la pandai menari sangat... tetapi bila Datin Junaidah yang merupakan Setiausaha Bahagian Kanan dah ambil port, terus dia minta kedudukan aku di depan pula... adehhh!!! Kalau terkongkang mesti malu.... huhuhuh.  Last minit lak tu tukar plan.... risau jugak lain pula jadinya.  But alhamdulillah.... semuanya OK dan VIP sumer suka...

Pada hari itu, bukan group aku yang diberi nama NRE Angle jer yang perfom tetapi ada penyanyi dan penari profesional juga yang menari macam-macam tarian.  Yang paling best tu bila tengok penari lelaki yang bertatu dan seksi tu.... Ala-ala pakai cawat gitu...Best  betul tengok diorang ni...

Permintaan terakhir dari pengurusan atasan yang meminta lagu sabah ditarikan dengan tarian poco-poco.  Hmmmm... sekali lagi kami kena menari... layankan jer la... aku ngan Ila jadi mangsa keadaan lagi bila kena menari kat depan pentas sebagai guard line kepada Menteri dan Timbalan Menteri nak beropoco-poco.  Nasib baik perfect!! Kalau tak mesti kelakar jadinya... hehehehhehe....
Bersedia untuk perfom... sempat possing..
Bersama Francisca, penyanyi dari Sabah
Menunggu untuk rehearsal
NRE Angle dengan step permulaan Cha Cha
Kemain lagi aku gelek... hahahhaha
Menghabiskan pusingan tarian.... sweeet
Tarian Sabah / Sarawak
Poco-poco lagu Sabah
Sporting betul Menteri dan Timbalan Menteri ni....
Comel tak aku... kahkahkah
Tarian poco-poco dan lagu dinyanyikan secara live oleh Francisca
Bergambar dengan artis kebudayaan Sabah & Sarawak dan urusetia Majlis
Bergambar dengan artis kebudayaan Sabah & Sarawak dan urusetia majlis termasuk sound man skalik!!!

NRE Angel dan Mama Angel... masalahnya... kami ni macam angel ke?? hih

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...