Isnin, 27 Jun 2011

Mengo Green Hunt

Posted by Emmymazli at 5:29 PTG
25 Jun 2011 (Sabtu) -  The Weld, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur


Today nak story pasal aktiviti aku bertreasure hunt.  Last bertreasure hunt pada bulan Mei dalam story aku kat sini All Ladies Treasure Hunt -Part 1 dan All Ladies Treasure Hunt -Part 2.  Setelah hampir sebulan berehat baru aku joint semua treasure hunt.

Anyway, aku dapat tahu yang ada treasure hunt ni bila rakan seopis aku yang juga Setiausaha Agung Kelab Alam NRE ni publish kat FB Group Kelab Alam pasal Mengo Green Hunt yang mana banyak juga mendapat kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.  Kebetulan pula Kelab Alam sanggup menyeponsor 50% dari yuran penyertaan untuk 5 kumpulan yang mana setiap kumpulan memerlukan 3 orang ahli.  Maka aku dengan lajunya mencari rakan sepasukan.  Heheheheh.  At last.. Kelab Alam menerima hanya 4 group yang nak turut serta treasure hunt ni.

Kali ni aku joint treasure hunt bersama rakan pasukan yang lain dari team sebelumnya.  Nama group aku ialah ZRE Go Green yang terdiri daripada Zamri, Rihaida dan aku Emmy.  Kalau dulu aku pernah joint treasure hunt yang menggunakan LRT, jalan kaki keliling pusat bandar KL, dan paling best treasure hunt berkereta, kali ni treasure hunt under badan NGO Mengo Green menggunakan kenderaan awam seperti bas dan train.  Naik teksi tak boleh sama sekali. No.. No.. No....No...!!!

Seawal jam 6.30 pagi aku dah terpacak kat Putrajaya Sentral... sebab katanya nak naik ERL bersama-sama la kan untuk ke KL  di The Weld, Jalan Raja Chulan tu untuk berkumpul... akhirnya pukul 6.45 pagi Azman baru sampai dan beritahu suruh naik kereta dia pula.  Aku ni ha... puku 4.30 pagi dah bangun nak siapkan sarapan untuk family kat umah time aku takder dan yang paling penting nak wat sarapan untuk aku makan time treasure hunt... sebab memang dah tau tak sempat nak membeli makanan pun time tu.  Lagi pulak aku tegar bangun pepagi sebab dah terbaca kat program yang makanan yang disediakan adalah makanan vegetarian... huhuhu... maka aku gagahkan diri jugak nak masak.  Boleh jugak kengkawan lain makan sekali kan...   Tapi... punya la ngantuk mata aku ni haritu.. tuhan jer tau... huhuhu..

Pagi-pagi tu agak kelam kabut skit bila ketua group aku ni si Zamri kami call tak dapat-dapat.  Sabor jer laa... rupanya lelap sampai tak bleh bangun... Hahahhaha... sib baik dia sampai tepat pada masanya kat The Weld tempat peserta semua berkumpul.  Dengarnya kelajuan kereta yang dia bawa dah boleh mengalahkan jaguh F1 la.  10 minit dah sampai dari Putrajaya ke KL.  Giler babas!!!  Kalau Zamri takder, terpaksalah aku gerak berdua jer la ngan Rihaida.  Masa on the way dalam kereta Azman tu... kami semua sempat dok membaham nasi goreng yang aku bawak.... lapau lee...

Sampai-sampai jer kat The Weld, perkara pertama ialah bergambo.. hahahah... lihatlah muka suci dipagi hari tu nanti... Pastu daftar peserta terus diorang sediakan breakfast.  Ada kopi dan Burger Subway.  Burger pun vege. Heheheh...  Aku melihat jer lee.... Kikiki.

Masa baru sampai The Weld kat eskulator.  Wajah suci di pagi hari.
Ngadap breakfast.  Muka Ady Hazman rileks jer makan... padahal dah baham nasi goreng aku dalam kereta Azman
Tepat jam 7.45, peserta dilepaskan setelah soalan diberi. Maka kami pun mula bergerak keluar the The Weld tu jalan kaki untuk mulakan pencarian.  Macam aku cakap mula-mula tadi.. Kelab Alam hantar 4 group... tapi yang nak gerak bersama-sama tu group aku dan group Azman jerlaaa... Lagi 2 group lain tu buat haluan mereka sendiri... takmo share jawapan katanya... bluekkk!!  Tempat treasure hunt untuk pusingan pertama ni jawapannya di area Bukit Bintang, Jalan Tun Sambanthan dan Chow Kit.  Untuk pusingan pertama ni, jawapan mesti di hantar sebelum jam 11.30 pagi bersama barang treasure.   Tapi nak dijadikan cerita, masa kitorang nak balik semua ke The Weld, boleh pula Monorail stuck... adehh.. nak naik apa??? Teksi tak boleh.  Actually 2 group dari NRE dah mengelat naik teksi.  Kalau urusetia tau tu dah kena penalti tu.  Ntah macam mana masa group aku berfikir-fikir nak naik ke tak teksi tu.. ternampak bas Intrakota yang nak ke Jalan Raja Chulan betul-betul kat trafik light... maka bertempiaran la kami berenam ni lari ala-ala marathon dan manje tu nak kejar bas yang tengah tunggu lampu hijau tu... Dalam lari sempat tanya kat driver bas tu incase bas tu lalu The Weld.  Nasib baik lalu.  Yang kelakarnya... dalam kelam kabut nak naik bas tu.. aku bleh plak tersadung kat tangga bas tu masa nak sentuh kad touch n go tu... hampir plak terpeluk driver bas... Hahahahaha... Malu giler beb...  Bukan main sakan geng-geng aku gelak... ambooiiiii!!!

Menunggu nak naik monorail
Possing comel dalam monorail
Possing dalam bas intrakota.  Ahli kumpulan aku, ZRE Go Green - Zamri, Rihaida dan Emmy
Sampai kat The Weld lebih kurang dalam pukul 11.05 pagi dan terus serahkan jawapan dan treasure.  Selamat!!! Kalau lambat silap-silap boleh tersingkir.  Maka terus dapat soalan pusingan kedua.  Jawapan untuk yang ini kena cari kat area The Weld jer.   Maka kami pun meronda dan duduk sambil mencari jawapan.  Masa ni.. siap ada aksi-aksi meniarap semua kat koridor The Weld tu..sabo jer la.  Kiranya... 2 group kitorang ni kira cepat juga lah siap mencari jawapan.  Jam 12.30 dah melonge tak tau nak buat apa dah.  Nasib juga boleh terus lunch.. tapi... vegetarian food la.  Hahahahah

Mencari jawapan untuk soalan disekitar The Weld
Selesai hantar jawapan pusingan kedua.
Bersama dengan semua team NRE
Bergambar selepas yang lain kekenyangan
Dalam nak menunggu keputusan dan hadiah dalam pukul 3 petang,  pihak pengajur telah menyiapkan kuiz untuk hilangkan boring kitorang yang menunggu ni.  Siap pakai romote untuk beri jawapan.  Impresive!!  Yang pastinya... kitorang dapat ranking ke 3 dari 30 lebih group.  Kalau ada hadiah untuk kuiz.. sure best!! Tapi takder!!!  Kedekut!!

Habis jer kuiz.. penganjur memberikan jawapan untuk soalan treasure hunt tu.  Perghhhh!!!! Berapa jer yang betul... Banyak salah dari yang betul.  Bukan nak kata la... memang soalan dan jawapan dia 'keling' habis!!! Kitorang semua tak sangka jawapan untuk soalan boleh jadi gitu.   Memang soalan dia susah bangat!!

Sebelum sesi kuiz...
So keputusannya... memang tiada rezeki kami lagi.  Nasib baik ada juga dapat hadiah cabutan bertuah tapi dapat buku, sticker dan ubat apa ntah beserta pokok kenit jer laa... Kakakakak..  Pokok pula macam pokok  taugeh yang dah tumbuh daun tu.  Hahahah.  Pastu bahagi 3 plak tu.  Haishhh!! Kedekut auk betul!!   Goodies yang diberikan pada hari sebelum tu pun ntah apa-apa.  Bukan la tak bersyukur atau nak mengata.  Tapi apa yang penganjur buat memang membuatkan kita rasa tak berbaloi sangat masuk treasure hunt ni dengan jumlah penyertaan yang bernilai RM200 setiap kumpulan.  Betul-betul penganjur buat duit.  Sabo jer la kan.  

Sebelum kitorang balik,  kebetulan penganjur memanggil peserta dari NRE untuk bergambar bersama.  Nak ambil hati la tu... hahahaha...

Bergambar dengan penganjur dan Team dari NRE
But apa-apa pun aku happy sebab ada 2 group yang bersama-sama aku ni, amat-amat memberi kerjasama antara 1 sama lain tak mengira pangkat dan umur.  I like it that way.  Anyway... thanks Azman, Ila, Zamri, Rihaida dan Ady Hazman yang sama-sama berganding bahu mencari jawapan untuk tresure hunt ni..  Korang memang terbaekk la!!!

Sekian cerita pasal Mengo Green Hunt ni!! Tataaaaa!!

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...