Isnin, 11 Julai 2011

Aku NRE Volleyball Team!!!

Posted by Emmymazli at 11:06 PG

Team Volleyball NRE (Gugurl)
Haaa... Lama tak story pasal sukan ni... Hehheeh... Faktor kemontelan aku pun sebab memang dah lama tak bersukan... sampai boss pun prihatin yang berat badan aku semakin naik.  Hahahaha....

Cerita kali ni pasal aku yang aktif semula bervolleyball... sebenarnya dan hampir 4 tahun aku gantung tangan dari bermain volleyball.  Even Sukan NRE pada 2009, 2 tahun lepas pun aku dah tak main volleyball tetapi bermain futsal.  Hehehehhe... sengaja bertukar angin... tetapi banyak dugaan yang aku lalui untuk menubuhkan 1 pasukan futsal.  Ternyata hati aku tetap dengan volleyball yang mana aku telah dilatih sejak umur 10 tahun.... Tapi mak ni taklah terer pun... takat spike-spike manjew mak bolehlaaa... Hahahah


Team volleyball untuk Sukan NRE tahun ni mostly sumernya staff baru NRE.  Yang orang lama aku dan Ann jer la pun... Huhuhu.... mula-mula nak tubuhkan team volleyball ni semula agak janggal sebab masing-masing nak tunjuk pro dari bermain secara berpasukan.  Sedangkan aku pula baru nak bertatih balik selepas gantung tangan 4 tahun.   Hmmm.... tapi alhamdulillah... berkat kesabaran Pengurus Volleyball... Mohd.  Nasrul Syahid dan rakan sepasukan.... Shafik dan Bob yang juga coach bidang terjun kami ni... barulah nampak keserasian team volleyball NRE ni.  Baru rasa seronok pula...

Dalam sebulan sebelum Sukan NRE pada 15-17 Julai 2011 ni kami dah buat friendly game dengan JKPTG dan Audit Negara.  Keputusannnya... bolehlaaaa.... Hahahahah.  Yang penting kami nampak ganas... Kakakakak....  masalahnye... Ganas ke????



0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...