Rabu, 5 Januari 2011

Silat Pernah Menjadi Sebahagian Hidupku....

Posted by Emmymazli at 3:57 PTG
Rasa macam tersentak pula bila melihat gambar2 dari seorang sahabat persilatan masa aku kat Politeknik Port Dickson dulu.... Ni yang buat aku nak story  ngan korang ni.... Tetiba kenangan masa zaman remaja menerjah kat kepala otak aku ni... betapa nekadnya aku dulu nak belajar ilmu silat.  Kalau nak distorykan dari mula tentang minatnya aku pada dunia persilatan ni... mmg la panjang lebar la gamaknya.. so aku akan pendekkan cerita... mama aku kata minat aku ni ikut bakat arwah moyang..... Arwah moyang aku adalah seorang guru silat harimau yang handal.... tp tak tau kenapa atuk aku tak minat nak ikut jejak moyang aku ni... tp menurun lak kat cucu.... antara ramai cucu atuk aku ni.... aku sorang je yg minat nak blajar silat ni.... tp as usual... aku mmg suka aktiviti lasak semasa zaman remaja... dah tua-tua ni jer yg lembik skit... faktor umur ok... kendian tu, adik aku syila pun minat untuk blajar silat masa skolah.

Kenangan bersama rakan-rakan sepoly yg joint PSSGM

Sebenarnya aku minat nak belajar silat ni sejak dari sekolah menengah lagik... tp takder tempat untuk aku blajar lebih2 lagi masa aku kat skolah vocay.. lum ada persatuan silat yg wujud pun masa kat skolah dulu...  heheh... cari punya cari... sehinggalah family aku berpindah ke melaka pada tahun 1996.  Masa lepas SPMV tu... aku ada kenal ngan kawan-kawan dari gelanggang Seni Silat Pukulan Melaka.  Aku kenal diorang pun masa mama n abah meniaga kat Duyung... so diorang ni la yg ajak aku join persatuan ni.  Dan secara kebetulan, best friend aku semasa tadika Rezaldean yg aku dah tak jumpa 10 tahun sejak skolah rendah adalah salah seorang dari ahli persatuan silat ni dan dia adalah antara org yg memberi aku dorongan untuk joint silat ni.  For info... kat kg aku tu mmg byk persatuan silat yg aktif dan berdaya saing... tp aku tak tau kenapa aku minat nak belajar dengan Tn. Hj. Mokhtar ni.... Dia yang aku kenal amatlah simple orgnya... So far anak didik dia byk yg berjaya... dulu aku suka berkawan ngan anak perempuan dia.... sweet jer orgnya.... kecil tp mcm cili api...  Hj.  Mokhtar ni ada gelanggang sendiri yg lengkap dengan kelengkapan bersilat kat sebelah umah dia di Solok Gaung, Ayer Molek Melaka.  Bagi aku... Hj. Mokhtar adalah antara guru terbaik penah aku kenal... cara dia simple tetapi kata-kata dia mendalam.  Teknik-teknik yang dia ajar mudah, simple dan lebih senang untuk dipelajari. 

Gelanggang Persatuan Seni Silat Pukulan Melaka

Gambar aku ambil dari salah seorang pelajar Pukulan Melaka.
Disinilah tempat aku menimba ilmu...

But aku tak belajar lama dengan Cikgu Hj. Mokhtar.... sbb aku berjaya masuk ke Politeknik Port Dickson untuk meneruskan pelajaran.  Tapi minat aku mendalam terhadap ilmu persilatan ni.... kebetulan kat poly ni ada Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia..... aku terus mendaftarkan nama untuk jadi ahli..kebetulan... antara teman terapat aku di Poly iaitu Yat dan Pet pun turut serta.  Boleh dikatakan... mostly student perempuan yg belajar silat kat poly tu adalah dari student Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK).  Jgn ingat secretary sumer lembik2 yer!!

Bersama rakan seperjuangan -  yang perempuan tu sumer dari DSK

Dengan Gayong aku mula kenal erti apa itu adat dan sebagainya... Cikgu aku masa tu adalah Cikgu Meor dan Cikgu Othman dari Gelanggang Panglima Hitam, Port Dickson.  Aku mula seronok belajar silat walaupun aku penat dengan tugasan belajar aku... yg penting selain dari memartabatkan seni warisan melayu, silat merupakan salah satu senaman yang baik jika dipraktikkan... selain itu, dengan silat... aku mula benar-benar menjadi seorang sahabat bila orang disekeliling aku sentiasa memberikan dorongan untuk berlatih dgn lebih baik terutamanya kawan-kawan lelaki... for info... belajar ngan cikgu meor ni... kalau praktis ngan lelaki jika terpaksa memukul dan dipukul oleh lelaki...kene redha jer lee... tp kebiasaannya diorang tak sampai hati... but... aku... akan pukul sepukul-pukulnya... hahahah.... dari situ aku akan tau mcm mana dan setakat mana kekuatan lelaki jika seorang wanita cam aku ni belasah dia dan kita juga dibelasah balik...  1 perkara lagik.. kerana silat... aku sanggup korbankan duit belanja makan aku untuk beli baju silat... mahal tu... masa tu.. ekonomi aku agak sempit... tp demi minat... apa pun aku sanggup!

Gambar Cikgu Meor (kiri), Abg Nazri dan Cikgu Othman/Imam (kanan)
 
Salah satu adat sebelum membuka gelanggang

Rutin pelajaran

Setiap kali tamat pelajaran... semua pelajar akan bersalam di antara
1 sama lain...

Di poly juga aku mula berjinak-jinak untuk joint 'Silat Olahraga'.... korang tau apa tu...? Silat Olahraga merupakan satu sukan dalam dunia persilatan yang menggunakan teknik tempur dan sama macam taekwando tu... Aku mula masuk perlawanan di poly untuk pertama kalinya tapi lawan aku adalah sahabat aku juga iaitu Pet.... but aku kalah... frust mmg frust bila kalah buat kali pertama... tp cikgu meor ckp... 'jangan cepat mengalah... lagipun awak berlawan dengan org yg bukan sama weight dgn awak... dah tentu awak la yg kene lambung... next time kita cuba yg lebih baik' .... then dari situ baru aku teringat... pet mmg lebih besar dan tinggi dari aku... no wonder la advantages pada dia masa kami bertarung... tp aku tak kisah.... aku akan cuba lagik...

ni lepas tournament kat poly... but masa ni aku kalah lwn pet...
hahaha... tgk size laa... ni lawan tak ikut size... gasak aku
pet tolak... hahahaha

Dalam masa yg sama, aku juga adalah antara org yg aktif dalam persatuan silat... selain sibuk dengan tugas aku menjadi setiausaha kelab... aku dan rakan-rakan juga sibuk praktis di gelanggang panglima hitam bersama cikgu meor dan othman.... slalu jugak la tido kat umah cikgu othman tu ditemani kakak dan adik cikgu othman sbb gelanggang tu sebelah umah cikgu othman jer pun... beruntungnya dpt bersama cikgu2 ni bila adanya aktviti rakan muda di PD... kitorang mesti dapat ikut... best!!! heheheh... selain tu mcm2 aktiviti yg kami buat... pergi traning kat Kolej Islam Pasir Panjang dan banyak tempat lagik.... Family Day PSSGM... Lawatan PSSGM kat Gayong ITTHO (ni idea best freind aku jugak la ni si Zan dari Vocay PD).... dan paling best bila aku dpt share bersama keseronokan bersilat di Gelanggang Pukulan Melaka dengan kawan2 gayong bila kami mengadakan kem silat si sana.... seronok bila dapat jumpakan 2 cikgu yg aku sayang dalam masa yang sama... yg penting... gelanggang pukulan melaka boleh menjadi inspirasi untuk menambah baikkan gelanggang yg sedia ada...

Gelanggang Panglima Hitam Port Dickson

Selepas ambil ujian bengkung

Semasa sesi pemilihan AJK PSSGM Poly PD

Semasa Kem Silat di Gelanggang Seni Silat Pukulan Melaka
 
Jalan-jalan semasa lawatan di ITTHO Batu Pahat

Semasa Aktiviti Rakan  Muda PD

BBQ untuk Family Day PSSGM Poly PD

Selain itu ... bila aku balik kg pada hujung minggu dan cuti semester... aku tak lepaskan peluang untuk praktis dengan menggunakan peralatan yang ada dan belajar teknik-teknik bertempur untuk silat olahraga di gelanggang pukulan melaka... nampaknya teknik2 yg aku belajar adalah lebih mudah dan senang dipraktikkan untuk tempur wanita.... tak rugi bila kita belajar di 2 tempat... byk yg aku pelajari... heheheh kebetulan... hj mohktar telah masukkan aku dalam selection untuk SUKMA bagi negeri melaka... tp aku masih tiada rezeki..... aku kalah dalam pertempuran aku untuk selection ke SUKMA.... sedih bangat!!

Kekalahan aku tidak menjadikan aku patah semangat.... aku mula praktis untuk perlawanan peringkat daerah bersama ahli2 gayong seluruh port dickson... tukang bawak aku adalah Aloy... thanks la my friend... Aloy mmg kawan aku yg setia menemani aku untuk berlatih walaupun kena balik malam2... itula yg buat aku sayang kat dia ni.... aku mula masuk pertandingan di peringkat daerah port dickson dan mcm2 lagik di bawah Gelanggang Panglima Hitam PD.... alhamdulillah.... rezeki aku mula cerah.... akhirnya aku berjaya dinobatkan menjadi JUARA bagi kategori aku Kumpulan B (berat 50-55).... yang bestnya bila semua teknik2 jatuhan yg aku belajar di gelanggang pukulan melaka aku dpt praktikkan dengan baiknya untuk menumpaskan lawan aku dan  semuanya menjadi.... Thanks cikgu mokhtar dan cikgu meor!!!  Dan terima kasih juga kepada Dato Ismail Jantan (Gurulatih Tertinggi PSSGM Melaka) kerana memberikan tips2 bertempur sebelum perlawanan.  Kebetulan dia adalah wasit (juri) dalam perlawanan tu.  Untung aku kerana jadi org melaka sbb walaupun aku main untuk PD tp aku masih disayangi oleh org melaka... heheheh Actually Dato Ismail is one of Hj. Mokhtar punya kawan... so tak salah kalau sama-sama bertukar ilmu... kan..kan.. seingat aku.. cikgu meor pun terperanjat bila aku baik2 ngan Dato' Ismail.... padahal aku bukan kenal sgt pun dia masa tu... cuma kenal2 semasa selection SUKMA dulu... tp... atas dasar persilatan... alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

Di samping praktis yg berterusan  untuk peringkat kebangsaan.... dalam cuti pertengahan semester semasa aku part 4 di poly.... Cikgu Meor telah mencalonkan aku sebagai JURULATIH WANITA untuk peserta remaja Negeri Sembilan bagi Kejohanan Silat Peringkat Kebangsaan Peringkat Remaja yang diadakan di Kuantan, Pahang pada tahun 1999.  Masa tu cam tak caya jer bila dicalonkan jadi jurulatih.... kata cikgu meor... aku tercalon disebabkan prestasi aku semasa kejohanan peringat daerah dulu tu... pihak N9 telah ternampak aku training dan mengajar teknik2 bersama adik2 skolah yg  kat PD tu.  tu yg nama aku naik tu... tp aku telah cuba sedaya upaya aku untuk mengajar teknik-teknik yg aku pelajari pada adik2 ni... But bukan mudah bila nak ajar sesuatu yg baru pada org yg dah biase ngan cikgu2 diorang.... pening aku wehhh... dengan perangai diorang lagik... tp alhamdulillah... walaupun diorang tak berjaya dalam kejohanan tu.... tp diorang menghormati aku sbg jurulatih... tu yg penting.... semasa di Kuantan tu... aku telah berjumpa dengan kawan-kawan seperguruan dan semelakaan.. (ayat cam hawau).... ntah mcm mana.... timbul isu bila aku jd jurulatih N9 dan bermain untuk N9 sedangkan aku org melaka dan main juga untuk perguruan di melaka.... hadoiii... pening aku... sampai kena remarked le dengan org kuat PESAKA, Tn. Hj. Buang (Silat Kunci Melayu -SIKUME) supaya aku kena pilih samada naik main untuk N9 atau Melaka... kalu tak aku kene gantung dari bermain...camner tu.... sedihhhh!!!! dalam silat pun ada isu politik!!

Bersama-sama adik-adik remaja yg aku menjadi jurulatih
Gathering di Seremban bersama bekas peserta remaja N9

But itu tidak mematahkan semangat aku.... habis jer poly dan awal tahun 2000.... aku telah ke KL untuk Kejohanan Gayong Peringkat Kebangsaan mewakili N9.  Tapi malangnya aku telah berlawan dengan keadaan badan aku tidak fit sebab aku baru seminggu sebelum tu kena ulser perut.... Walau mcm manapun aku telah mendapat tempat ketiga untuk peringkat kebangsaan tersebut.... alhamdulillah.... terima kasih pada cikgu meor dan othman kerana banyak memberi tunjuk ajar dan dorongon hingga aku berjaya ke peringkat ini....
 
Kejohanan Pencak Silat PSSGM Peringkat Kebangsaan

Semasa Majlis Pembukaan
 
Bangga menjadi wakil N9

Silat Olahraga - Aku semasa berlawan dengan peserta dari Perlis

Nampaknya.... kejohanan peringkat kebangsaan tu adalah game terakhir buat aku bila mama bising2 bila tgk badan aku lebam sana-sini.... nama pun bertempur... dah tentulah lebamkan.... so... aku pun telah membuat keputusan untuk berehat dan dalam masa yg sama aku dah mula bekerja.... dah tentu tiada masa nak training sumer.... lg pula isu nak gantung dari permainan aku cam belum reda... so ada baiknya aku berehat.... tak lama lepas tu pula aku ditawarkan kerja di KL.... terus la tak belajar lagi.... sampai sekarang... aminnnnn....

Korang tau tak....??!! masa aku belajar silat gayong dulu.... apa pun aksi silat yg lelaki buat.... pecah genting la... lompat harimau, lenting ulat dan mcm2 lagi yg ada dalam silibus gayong... sume aku bleh buat dengan cemerlangnya.... lebih2 lagi bila nak ambik ujian tali pinggang hijau... tp masa tu laa.... skrg kalau suh buat confirm jatuh mcm cempedak... dah berat la katakan... hahhahaha... dulu... walaupun badan aku kurus... tp aku fit... ada ketak2 skit...hahahahha.. skrg bukan fit lgk!! buncit!!! heheheheh.. tp rasanya kalu dalam terdesak.... boleh lagi kot sumer aksi ni menjadi.....








Aksi-aksi berikut adalah antara yang aku pelajari.... alhamdulillah... semuanya berjaya aku harungi... best!! 

Apa pun... aku amat berbangga bila dapat menjadi sebahagian daripada anak murid Tuan Haji Mokhtar bin Yahaya dari Persatuan Seni Silat Pukulan Melaka serta Cikgu Meor dan Cikgu Othman dari Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Port Dickson.... aku bangga dapat memartabatkan warisan melayu.... takkan melayu hilang di dunia.... terima kasih juga kepada kawan2 persilatan yg banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar untuk aku berjaya..... walaupun setakat tali pinggang hijau jer lee... heheheheh... walau dengan tali pinggang hijau jer... jauh aku dah pegi.....tul tak??? skrg ni aku dah mula rindu pada sumer aksi2 yg aku mampu buat dulu.... skrg boleh lagik ke?? huhuh.............

Miss them badly

Bersama rakan-rakan tersayang yg byk memberi dorongan
 
Habis macho la tu....

12 comments:

blogciknissa on 5 Januari 2011 pada 4:32 PTG berkata...

kak....batch biler nyer kat poli pd....

super senior saya nih.....

eh..ehh....kenal ker ngan kiter?

Emmymazli on 5 Januari 2011 pada 4:44 PTG berkata...

akak batch 98-99... akak kenal awak nisa.... budak jupem main netball.... awak poly pd gak ke??

imanamani on 5 Januari 2011 pada 5:27 PTG berkata...

ok ok...panjang gilerrr dowhhh entry kali ni...

Emmymazli on 5 Januari 2011 pada 5:34 PTG berkata...

hehehehhe... tetiba terkenang kisah lama bila tgk gambo abg nazri... tak tau nak citer kat sape... cite kat blog laaa....

CY on 5 Januari 2011 pada 6:09 PTG berkata...

gile panjang punye entry..huhu

aku pon penah gak masuk silat-silat ni time teknik dulu. silat lincah. tapi tahap 1 je la..pastu malas..asik kena sentak je..maut aku kang...

Emmymazli on 5 Januari 2011 pada 7:27 PTG berkata...

heheh yatt... skali skala dpt idea nak cerita.... jd bahan leee... huhuh..

wargghhh yatt... ko pon blajar silat gak?? tahap 1 pun ok per... sekurang2nye tak la kosongkan.... tol tak.... tp kalau time belajar kena sentak tak maut der.... olok2 jer tu... heheheh

Tanpa Nama berkata...

ni aku tak pueh ati ni...muka aku ciput jerk..ekekekekekeeee....

Tanpa Nama berkata...

apara payah sgt nak komen...menciii

Emmymazli on 6 Januari 2011 pada 10:45 PG berkata...

yat@hayati selamat

ko benci aku yat?? sedih la camni.. ni jer gambo yg ada kat simpanan aku ni.... nnt aku masuk le gambo lain... kira ok la gambo ko ada le jugak... heheheheh

Unknown on 6 April 2013 pada 2:29 PG berkata...

assalam. saye jeli.saye ade dalam salah satu gambar. cari gambar 'dengan adik-adik remaja'. Masa itu seingat saye kite pernah gathering sekali di KFC terminal 1 Seremban(ada jua dalam gambar diatas). haha. nostalgik. Masa tu saye main masal masa di Kuantan.Rindu sgt masa tu. :)

Emmymazli on 6 April 2013 pada 5:45 PTG berkata...

jeli yg mana 1 ekk dlm gambar tu...? maaf akak lupa dik... awak yg no.3 dari kanan yg pakai baju skolah tu ker?

Unknown on 8 April 2013 pada 3:37 PTG berkata...

sy paling kiri sekali, kak. yang pakai spec tu.. hehe

Catat Ulasan

Komenlah entry saya!! Komen korang yang sememangnye paling best!!

Daisypath Anniversary tickers
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...